Monday, October 04, 2010

3 anggota tentera mati diserang hendap di selatan Thai

3 anggota tentera mati diserang hendap di selatan Thai

04/10/2010 3:00am

BANGKOK 4 Okt. – Tiga anggota tentera Thailand terbunuh apabila mereka dipercayai diserang hendap oleh puak pemisah Muslim ketika membuat rondaan di kawasan selatan negara itu semalam, kata polis.
Ketika kejadian, anggota tentera itu sedang membuat rondaan di sebatang jalan di wilayah Yala yang bersempadankan Malaysia, bila lelaki bersenjata melepaskan tembakan dekat sebuah bukit, kata kolonel polis, Pupetch Pipatpetchpoom.
Sejak berlaku rusuhan puak pemisah enam tahun lalu, lebih 4,000 orang terbunuh di wilayah dikuasai penduduk Muslim yang menjadi kawasan pengeluar utama getah di selatan negara yang diperintah oleh penganut Buddha itu.
Wilayah selatan Thailand yang meliputi Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian daripada kawasan jajahan kesultanan Islam yang dijajah oleh Thailand seabad lalu.
Kira-kira 80 peratus daripada penduduk di wilayah berkenaan adalah penganut agama Islam dan bercakap bahasa Melayu.
Kerahan puluhan ribu anggota polis dan pasukan keselamatan sokongan melalui perlaksanaan undang-undang yang keras menyebabkan keganasan dan penentangan di wilayah itu berterusan. – RUTERS