Pemuda UMNO pastikan lebih 1,000 ahli balik mengundi
Pemuda UMNO pastikan lebih 1,000 ahli balik mengundi
03/10/2010 8:10pm
PARIT 3 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan lebih 1,000 anggotanya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu nanti.
Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Hisamudin Yahya berkata, sekiranya semua anggotanya yang berada di luar Galas terutama di ibu negara dapat pulang mengundi, peluang calon Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya kecil itu cerah.
"Pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi DUN Galas dimenangi calon Pas dengan majoriti undi sebanyak 646 undi sahaja.
"Mereka (Pas) hanya menang dengan jumlah undi yang cukup kecil sahaja dan sekiranya kita mampu memastikan kepulangan pengundi luar khasnya di kalangan Pemuda, pasti kerusi DUN Galas akan dapat dirampas kembali,” katanya kepada pemberita selepas program ziarah Pemuda UMNO bersama-sama penghuni Rumah Amal Nur Kasih Bestari di Bota Kanan di sini hari ini.
Beliau berkata, Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang telah diminta menyerahkan senarai nama anggota Pemuda yang berada di luar Galas terutama ibu negara untuk dikesan dan dihubungi oleh pihak biro. – Bernama
Jika anda ramai maka andalah yang menang.
Jika anda sedikit maka anda kalah.
Sampai bila lagi budaya ini akan berterusan sedangkan kalau ramai macam buih di laut apalah gunanya.
Marilah kita janakan kualiti pemerintahan dan bukannya kuantiti.