زَواجٌ - [ز و ج]. (مص. زَوَّجَ). 1."يُفَكِّرُ في الزَّواجِ" : الاِرْتِباطُ بامْرَأَةٍ اِرْتِباطاً شَرْعِيّاً حَسَبَ الأُصولِ. "كانَ زَواجُهُ بِها على سُنَّةِ اللَّهِ وَرَسولِهِ" "حَفْلَةُ الزَّواجِ". 2."زَواجٌ مَدَنِيٌّ" : اِقْتِرانُ الرَّجُلِ بِالْمَرْأَةِ في الغَرْبِ حَيْثُ يَتِمُّ تَحْتَ إِشْرافِ السُّلُطاتِ الْمَدَنِيَّةِ، عَكْسُ الزَّواجِ الدِّينِيِّ الَّذِي تُشْرِفُ عَلَيْهِ سُلْطَةُ الكَنيسَةِ.
Wednesday, April 13, 2011
الزواج
Edar dadah, nelayan ke tali gantung
13/04/2011 1:22pm
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang nelayan selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin danmonoacetymorphines, tahun lepas.
Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu terhadap Beh Boon Kim, 32, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Boon Kim dari Perak didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 125.5 gram dan dadah jenismonoacetymorphines seberat 23.2 gram di sekitar Jalan Medan Imbi Off, Jalan Imbi dekat sini pada pukul 3.30 petang, 22 Januari tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ghazali dalam penghakimannya berkata dakwaan tertuduh bahawa dia tidak memandu kereta Kancil yang mana di dalam kereta tersebut mengadungi kotak limau berisi dadah, adalah penafian semata-mata.
"Tertuduh dalam pembelaannya juga turut menyatakan bahawa dia tidak melihat isi yang ada di dalam kotak itu sewaktu diperiksa oleh beberapa anggota polis ketika serbuan, ini juga adalah penafian,” katanya.
Ghazali berkata keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan keenam dan kelapan iaitu Inspektor Luther Nurjip dan Sarjan Sidek Paiman daripada Ibu Pejabat polis Daerah Dang Wangi adalah konsisten.
"Kedua-dua saksi berkenaan menyatakan bahawa riak muka tertuduh ketika melihat isi kotak itu adalah terkejut dan takut sedangkan dalam pembelaan, Boon Kim menyatakan dia langsung tidak terkejut melihat kotak limau itu,” jelasnya.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar menampilkan lapan saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri.
Tertuduh diwakili peguam Suzana Norlihan Alias. - Bernama
Keterujaan trio bintang West End

SUDAH menjadi adat bagi seseorang yang bergelar penyanyi atau pelakon, pastinya mereka akan teruja apabila dijemput membuat persembahan di negara luar.
Walaupun sudah bergelar bintang besar di negara sendiri, Stephen Rahman-Hughes, Ramin Karimloo dan Simon Bailey begitu teruja apabila mendapat jemputan untuk mempersembahkan bakat mereka dalam dunia teater di Malaysia.
Bakal beraksi menerusi konsert yang dinamakan West End Stars in Concert, ia merupakan buat julung-julung kalinya Stephen, Ramin dan Simon digabungkan dalam satu persembahan teater muzikal oleh produksi tempatan, Enfiniti Vision Media yang diterajui oleh Datin Seri Tiara Jacquelina.
Melihat senario industri teater muzikal tempatan yang kian popular dan digemari rakyat Malaysia, Tiara mengambil pendekatan untuk menyajikan pula sesuatu yang berbeza kepada masyarakat.
“Sesiapa yang meminati teater muzikal antarabangsa pasti mengenali mereka bertiga. Mereka adalah tiga nama besar di pentas teater West End di London. Pastinya peminat teruja untuk menyaksikan persembahan mereka di sini kelak.
“Kita bertuah kerana peminat teater muzikal kita adalah dari golongan muda yang mana berbeza di negara Barat kerana peminat teater di sana adalah dari golongan yang sedikit berumur.
“Justeru, konsert ini adalah untuk peminat di Malaysia yang tidak berkesempatan melihat mereka di sana, lalu kami bawakan ke sini,” ujar Tiara semasa ditemui pada sidang akhbar yang berlangsung di Sky Lounge, The Ascott, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara ketiga-tiga bintang West End ini, seperti yang diketahui umum, nama Stephen Rahman-Hughes bukanlah nama asing bagi peminat dan penonton tempatan, memandangkan dia pernah tampil sebagai Hang Tuah di dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan yang terbaru menerusi filem terbitan KRU, Hikayat Merong Mahawangsa.
Pelancong asing

DARI kiri: Ramin, Stephen dan Simon berjanji akan menampilkan persembahan hebat dan indah buat penonton.
Walaupun ini bukan buat pertama kali dia tampil di hadapan penonton Malaysia membuat persembahan pentas, keterujaan Stephen bagaimanapun sangat terserlah apabila mendapat peluang untuk sama-sama menyanyi di atas pentas bersama dua rakan baiknya, Ramin dan Simon buat julung-julung kalinya itu.
“Selain teruja, ini merupakan peluang yang baik untuk saya kerana dapat bergabung bersama Ramin dan Simon buat pertama kalinya dan itu pun selepas beberapa tahun berbincang dan cuba menyesuaikan dengan jadual masing-masing.
“Di samping itu juga, saya turut gembira kerana dapat menyanyikan sebuah lagu berbahasa Melayu bersama salah seorang penyanyi hebat tempatan iaitu Jaclyn Victor dan saya juga tidak sabar untuk membuat persembahan di samping ketiga-tiga Simon, Ramin dan Jaclyn,” tutur Stephen yang akan turut menyampaikan lagu Di Puncak Tertinggi, yang pernah dipopularkan dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical.
Idea penggabungan tiga nama besar West End itu telah dicetuskan oleh Stephen selepas berpeluang mengadakan konsert tertutup bersama Ramin di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas.
Tambahnya, jika diamati industri teater muzikal telah berkembang dengan pesat di Malaysia, tetapi kebanyakannya adalah produk tempatan.
Justeru, kehadiran Stephen, Ramin dan Simon boleh dianggap sebagai satu lagi usaha mendedahkan penonton di sini untuk benar-benar memberi mereka peluang menyaksikan sendiri persembahan dari luar negara yang mereka minati dan mungkin tidak berpeluang menyaksikan di sana.
Justeru, adakah Stephen menjadi daya tarikan utama buat penonton menyaksikan konsert itu nanti?
“Perkara ini harus diberi peluang kerana ini adalah cubaan pertama dan jika ia diuar-uarkan dengan meluas, dan orang ramai benar-benar faham, tidak mustahil mereka akan hadir menonton kami.”
“Penjualan tiket berjalan dengan baik sekali jadi saya dapat rasakan penonton di Malaysia juga teruja menyaksikan persembahan kami.
“Tidak dinafikan juga, saya merupakan jambatan yang menyambungkan teater muzikal Malaysia dan West End kerana telah dikenali dari Puteri Gunung Ledang dan Merong Mahawangsa,” jelas Stephen yang juga pernah menjadi seorang koreografer sebelum menceburkan diri dalam bidang nyanyian.
Sementara bagi jejaka yang berdarah kacukan Iran dan Kanada, Ramin Karimloo pula, ini bukanlah pertama kali bagi dirinya menjejakkan kaki di Malaysia.
“Saya pernah berada di sini 18 bulan yang lalu untuk mengadakan konsert tertutup bersama Stephen dan sebenarnya ia sangat seronok berada di sini.
“Sebelum ini saya pernah katakan kepada Stephen yang mana saya tidak mahu terikat dengan terlalu banyak konsert kerana kesibukan jadual saya di London.
“Namun, jika rakan baik saya mahu menjayakan konsert ini di Malaysia, saya akan cuba sedaya upaya mencari masa untuk penonton di sini,” jawab Ramin yang turut menegaskan cuaca panas di Malaysia amat baik untuk kulit dan suara.
Sememangnya industri teater muzikal kini sedang berkembang, akan tetapi, negara kita jarang disajikan dengan persembahan teater dari luar negara.
“Ia sebenarnya agak mengejutkan saya. Kenapa bandar raya besar seperti Kuala Lumpur ini tidak mempunyai banyak konsert.
“Ini kerana di samping dapat berhibur, ia juga dapat meningkatkan ekonomi negara dengan kemasukan pelancong asing untuk menyaksikannya di sini,” ujar Ramin yang juga berharap akan dapat kembali semula ke Malaysia untuk melakukan persembahan.
Pat Ibrahim

JACYLN (tiga dari kanan) meraih peluang keemasan bergandingan dengan tiga nama besar West End Theatre, London ini hasil usaha produksi Tiara (dua dari kiri), Enfiniti Vision Media.
Berbeza pula dengan Simon Bailey yang pertama kali menjejaki bumi Malaysia. Baginya, pengalaman berada di sini yang diceritakan oleh bapa dan kakaknya tidak lama dahulu membuat dirinya teruja sejurus selepas turun dari kapal terbang.
Setelah diajak oleh rakannya, Stephen untuk mengadakan persembahan di sini, Simon mengakui ia merupakan bonus bagi dirinya untuk sama-sama dapat menghiburkan penonton dan peminat teater di sini.
“Kami harap bintang West End akan dapat menghiburkan peminat di sini bukan hanya dua hari sahaja tetapi dalam jangka masa yang sedikit panjang.
Mungkin ini baru permulaan bagi kami dan kami akan pastikan penonton semua akan mendapat pengalaman yang indah,” tutur jejaka kelahiran London yang sudah 20 tahun mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.
Konsert yang berdurasi selama 90 minit ini akan menyaksikan hasil sentuhan tarian oleh koreografer terkenal Pat Ibrahim kembali bekerjasama dengan Enfiniti.
Alunan muzik pula akan diterajui oleh pemuzik berbakat, Lee Sze Wan yang mana pernah mempunyai pengalaman berada di beberapa produksi dalam pementasan Broadway.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk lagu-lagu dari teater Wicked, Les Miserables,We Will Rock You, The Phantom of The Opera, West Side Story dan banyak lagi.
Tiket West Stars in Concert yang bakal berlangsung pada 15 dan 16 April ini boleh dibeli di kaunter tiket Istana Budaya dengan harga di antara RM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, dan RM480.
Pakej korporat dan pembelian tiket secara pukal boleh didapati melalui Enfiniti Vision Media di talian 03-6142 9877 atau menerusi e-mel production@ enfiniti.com.my.
Kejutan daripada Francesca
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com
saphilla.isa@kosmo.com

GABUNGAN Fran dan Harith bakal menampilkan sesuatu yang mengejutkan.
AURA Francesca Peter nyata masih belum pudar. Sinarnya masih terasa biarpun aktiviti nyanyiannya tidak serancak dahulu. Buktinya, pelantun lagu Sekadar Di Pinggiran itu telah menjadi pilihan Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur untuk membuat persembahan Minggu Setiausaha pada 28 dan 29 April ini.
Pastinya, bagi peminat setia penyanyi yang mesra disapa Fran itu tidak akan melepaskan peluang untuk melihat persembahan hebatnya nanti.
Semasa ditemui pada sidang akhbar baru-baru ini, Fran nampaknya begitu berahsia tentang pemilihan lagu-lagu untuk persembahannya nanti.
“Tiada tema untuk persembahan saya pada Minggu Setiausaha nanti, cuma apa yang pasti peminat akan benar-benar terhibur,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, kata Fran, dia akan menyanyikan sepuluh hingga 12 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popular miliknya dan juga beberapa lagu Inggeris popular selama satu jam setengah.
Bagaimanpun, penyanyi berketurunan Serani kacukan Ceylon-Scotland dan Cina itu mengakui masa yang ditetapkan tidak akan menjadi alasan untuknya menolak permintaan peminat yang menginginkannya menyanyikan lagu-lagu popularnya.
“Persembahan saya nanti lebih spontan dan tidak dirancang. Saya juga akan turun ke pentas untuk bersama-sama menyanyi dengan peminat,” katanya.
Lebih mengujakan, figura hebat itu turut digandingkan dengan pelakon komedi terkenal, Harith Iskander pada persembahan itu nanti.
Terkenal dengan tagline ‘Halus...’ untuk iklan Nescafe, Harith memberitahu, persembahannya juga akan memberi kejutan dan dia teruja untuk membuat persembahan nanti.
Dalam nada bergurau, Harith yang baru sahaja selesai berlakon Lat The Musical di Istana Budaya turut memberitahu supaya penonton nanti jangan terkejut jika dia menyanyi, manakala Fran pula akan membuat aksi komedi.
Bercerita tentang perkembangan terbarunya, Fran memberitahu, beliau masih lagi menjadi duta untuk Organisasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia untuk kali keenam berturut-turut iaitu dari tahun 2006 hingga 2011.
“Saya juga telah merakamkan lagu tema World Vision iaitu Tomorrow dan single terbaru Tiada Gementar Lagi,” katanya.
Sementara itu, model dan juga pengacara terkenal Xandria Ooi akan bertindak sebagai pengacara majlis bagi Minggu Setiausaha bersama Francisca Peter.
Vanessa Hudgens takut tua
![]() |
AKTRES muda yang baru menginjak usia 22 tahun, Vanessa Hudgens, tanpa berselindung mengakui dia takut menjadi tua. Itulah sebabnya dia menggunakan produk kosmetik antipenuaan. Bagi Hudgens, lebih baik mencegah daripada awal sebelum terlambat.
Malah, aktres yang terkenal menerusi filem High School Musical itu juga berpendapat produk antipenuaan yang berada di pasaran begitu menakjubkan. Sebagai wanita yang prihatin terhadap kecantikan, dia berasa tidak salah memakai produk tersebut pada usia muda.
“Lelaki yang semakin tua, walaupun telah beruban, kadangkala masih digelar seksi. Tetapi apabila wanita semakin tua, terutama bagi kami golongan selebriti, kami harus berusaha keras untuk menjadi muda kembali dengan menegangkan kulit atau membuang lemak di badan,” kata mantan kekasih Zac Efron ini kepada Femalefirst.
Saat ditanya adakah apabila tua nanti dia akan melakukan pembedahan plastik untuk kekal cantik, Hudgens ringkas menjawab: “Saya tidak pasti. Ia bergantung bagaimana keadaan saya apabila tua nanti.”
Wuuhuu media baru alam maya
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
amir.azam@kosmo.com.my

WUUHUU E-COMIC sudah dilayar oleh pembaca dari 33 buah negara.
SETIAP detik yang dilalui tidak akan terhenti walaupun sesaat dalam kehidupan kita. Ia akan bergerak pantas tanpa menoleh ke belakang mengikut peredaran zaman.
Putaran roda kehidupan turut merasai perkembangan pembangunan dan teknologi yang semakin berdaya maju serta canggih sehingga memudahkan kehidupan seharian manusia.
Media konvensional tidak terkecuali merasai tempias evolusi perkembangan ini secara perlahan-lahan apabila lebih banyak media digital boleh diperoleh di laman web hanya dengan satu klik di jari pengguna.
Pengenalan peranti canggih seperti telefon pintar dan tablet turut menyumbang kepada perkembangan itu apabila lebih banyak bahan bacaan digital diperkenalkan di laman web.
Ia termasuk blog, e-Buku, e-Novel, e-Komik dan banyak lagi menjadi tatapan pembaca digital terutamanya di negara-negara maju.
Secara tidak langsung bahan bacaan digital bukan sahaja memudahkan pengguna memperoleh maklumat dengan mudah dan pantas tetapi dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.
Atas kesedaran itu, Netxpert Sdn. Bhd. membangunkan portal penerbitan alam maya, wuuhuu.online.com dalam memberi alternatif bacaan kepada pengguna sekali gus membantu bersama-sama memulihara alam.
Penerbitan tanpa kertas
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Onn Ismail berkata, portal wuuhuu.online.com dibangunkan untuk menerbitkan pelbagai media digital sebagai pilihan kepada pembaca yang ingin menikmati bahan bacaan secara digital.
“Ia juga dibangunkan bertujuan untuk memupuk minat membaca secara digital dalam kalangan masyarakat Malaysia dan dunia sekali gus dapat mendedahkan mereka mengenai konsep penerbitan tanpa kertas.
“Bayangkan berapa banyak pokok yang dapat diselamatkan apabila penerbitan tidak menggunakan kertas. Konsep penerbitan tanpa kertas dapat membantu menyelamatkan pokok, tenaga, air dan banyak lagi,” katanya kepada Kosmo!.
Dalam pada itu, dia menambah, penggunaan bahan kimia dalam pembuatan kertas dapat dihindari dan mengurangkan pembuangan sampah sarap di seluruh dunia apabila menggunakan konsep tanpa kertas itu.
![]() |
WUUHUU E-COMIC menampilkan konsep humor yang mempunyai mesej tersendiri. |
Katanya, konsep yang ditekankan dalam penerbitan tanpa kertas itu dapat menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar walaupun sumbangan tersebut dilihat agak kecil.
“Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kos operasi dan dapat memperluaskan pasaran di seluruh dunia. Walaupun konsep penerbitan digital masih baru di negara ini, ia semakin menjadi trend terkini di negara maju yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi canggih,” ujarnya lagi.
Katanya, konsep penerbitan digital ini dijangka akan menarik pengguna secara perlahan-lahan kerana terdapat banyak gajet berteknologi tinggi yang membolehkan pengguna melayari internet di mana-mana mereka berada.
Konsep humor
Ujarnya lagi, sebagai permulaan, portal berkenaan telah menerbitkan empat edisi wuuhuu E-comic yang mengenengahkan konsep humor kepada pembaca melalui medium digital.
“Kita menerbitkan wuuhuu E-comic sebanyak dua kali sebulan dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pembaca. Menariknya tentang wuuhuu E-comic, ia menggunakan teknologi flip book yang dapat memberikan pengalaman seolah-olah pembaca membaca komik di depan mereka.
“Teknologi yang diguna pakai juga membenarkan pengguna memuat turun komik berkenaan dengan mudah dan cepat. Mereka yang terlepas edisi sebelum ini turut boleh memuat turun edisi terdahulu tidak seperti komik konvensional,” katanya.
Sementara itu, Penyunting wuuhuu E-comic, Mazlan Abdullah, menambah, E-comic telah dibaca dan dimuat turun di 33 buah negara seluruh dunia.
“Kebanyakan pembaca ini merupakan rakyat di Malaysia dan yang berada di perantauan yang inginkan kelainan dalam pembacaan digital mereka.
“Kita berharap lebih banyak pembaca akan memilih pembacaan digital kerana ia dapat membantu memulihara alam sekitar,” katanya.
Kartunis wuuhuu E-comic, Rudy Hazrin Abdullah, 26, berkata, dia sangat teruja apabila menjadi kartunis komik digital kerana ia merupakan satu pengalaman baru dan dapat memupuk minat membaca pembaca digital.
Lebih dikenali dengan nama timangan Kilobait dalam komik maya berkenaan, dia memberitahu, konsep yang cuba dibawa dalam karya kartunnya adalah isu semasa dipenuhi mesej membina kepada pembaca.
“Walaupun komik berkenaan berkonsep humor tetapi, saya masih ingin memastikan pembaca mendapat mesej dan nasihat apabila membaca,” katanya.
Seorang lagi kartunis wuuhuu E-comic, Khairul Izzuddin, 40, yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang percetakan berkata, penghasilan wuuhuu E-comic tidak banyak berbeza berbanding komik cetak.
“Selain tidak menggunakan kertas, orang ramai lebih mudah akses untuk membaca. Dalam pada itu, pembaca juga boleh meninggalkan komen mereka sekali gus mendekatkan lagi kartunis bersama pembaca,” katanya yang lebih dikenali sebagai Maderbot.

CHE ONN (duduk) bersama tenaga kerja wuuhuu E-comic yang sudah mempunyai empat edisi.
Memuat turun
Pegawai Operasi dan Teknikal wuuhuu E-comic, Yoze Harriando Wahyu Sumartha, 24, pula menambah, pengguna mempunyai pilihan untuk memuat turun dalam resolusi besar atau kecil.
“Ia dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak pembaca yang ingin membaca menggunakan telefon pintar atau tablet mereka.
“Pengguna yang memuat turun komik berkenaan juga boleh membaca semasa dalam talian atau luar talian dengan lebih mudah,” ujarnya lagi.
Bercerita mengenai perancangan portal berkenaan, Che Onn memberitahu, portal wuuhuu.online.com juga akan menerbitkan beberapa komik dan majalah lain dalam masa terdekat untuk memberi pelbagai pilihan kepada pengguna.
Katanya, antara komik dan majalah lain dalam perancangan penerbitan ialah Yaahoi, Femag, Femom dan Gadget.
“Yaahoi merupakan komik berkisarkan aksi dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi. Majalah Gadget pula akan mengenengahkan mengenai gajet-gajet terkini di pasaran.
“Bagi golongan remaja wanita berusia 15 hingga 35 tahun kita akan menerbitkan Femag. Majalah digital Femom pula disasarkan kepada golongan ibu yang memberikan pelbagai tip mengenai ekonomi rumah tangga, penjagaan anak, resipi memasak dan banyak lagi,” katanya.
Che Onn berkata, portal berkenaan juga akan menjadi platform kepada pengkarya-pengkarya berbakat tetapi, tidak mempunyai platform menunjukkan bakat mereka.
“Kita mengalu-alukan mereka yang mempunyai bakat menghantar hasil karya kepada kami. Jika ia menepati kriteria saguhati akan diberikan dan karya mereka akan diterbitkan dalam komik atau majalah yang sesuai,” katanya.
Penguin berkurangan di Afrika Selatan

PENGUIN Afrika kini tersenarai sebagai salah satu daripada 18 spesies penguin terancam di dunia.
SAMBIL berjalan terkedek-kedek di atas batu besar dan menjunam ke dalam lautan berwarna firus, lensa kamera pelancong-pelancong bersiap sedia merakam gambar penguin di Afrika Selatan.
Burung laut berwarna hitam putih dan berkaki pendek itu merupakan tarikan utama di bandar Simon yang juga sebuah perkampungan tentera laut di Cape Town.
Bagaimanapun, angka burung laut yang menarik perhatian orang ramai itu semakin berkurangan sehingga menimbulkan kebimbangan ia petunjuk kepada ancaman lebih menakutkan berkenaan keadaan marin.
“Penguin Afrika semakin berkurangan sehingga 60 peratus sejak tahun 2004. Ia membuatkan kami berasa amat bimbang berhubung perkembangan ini,” kata Lorien Pichegru dari Institut Percy FitzPatrick Ornitologi Afrika Selatan.
“Kini hanya terdapat kira-kira 26,000 pasangan penguin yang masih wujud dan ia merupakan catatan paling rendah pernah direkod setakat ini. Pada permulaan kurun ke-20 kita mempunyai lebih dua juta burung berkenaan,” ujarnya lagi.
Ahli-ahli sains menjadikan penguin sebagai salah satu spesies petunjuk yang mudah untuk memantau dan boleh menunjukkan masalah-masalah tersembunyi serta lebih luas di lautan.
Spesies terancam
Pada tahun lalu, penguin Afrika diklasifikasikan semula sebagai spesies terancam selepas angkanya semakin menurun. Ia mungkin disebabkan akibat kekurangan sumber makanan kerana aktiviti perikanan selain pencemaran.
Burung yang tidak boleh terbang dan berwarna seakan pakaian kot serta berjalan dengan agak lucu itu mendapat sumber makanan dengan menikmati ikan bilis dan sardin. Ia hanya membiak di selatan Namibia dan Afrika Selatan.
Perubahan corak kehidupan ikan telah memaksa burung-burung itu mengembara lebih jauh semata-mata untuk mendapat sumber makanan dan mendirikan kawasan sarang baru seperti di Pantai Boulders, bandar Simon.
Pada tahun 1980-an pasangan burung berkenaan telah berhijrah ke pantai tersebut dan kembali ke Pulau Robben yang terkenal kerana merupakan lokasi penjara tahanan Nelson Mandela.

HANYA sekitar 26,000 pasangan penguin kini terdapat di Afrika Selatan.
“Makanan merupakan salah satu daripada ancaman besar,” kata Rob Crawford dari Jabatan Perhubungan Alam Sekitar Afrika Selatan sambil menunjukkan laluan migrasi sardin sejauh 600 kilometer.
“Penguin tidak boleh berenang terlalu jauh untuk memberi makanan kepada anaknya dan pada penghujung pembiakan ia memerlukan makanan bagi bersalin bulu,” katanya.
Organisasi Kehidupan Burung Antarabangsa memberi amaran bahawa penguin Afrika yang merupakan antara 18 spesies penguin di seluruh dunia kini berdepan dengan kepupusan.
Bagi menghentikan perkembangan itu, satu penyelidikan mengenai kesan perubahan cuaca dan kemungkinan zon tidak boleh menangkap ikan di sepanjang koloni pulau tersebut telah dilaksanakan dengan segera.
Larangan menunda sejauh 20 kilometer telah dilaksanakan sekitar koloni terbesar dunia di Pulau St. Croix di Teluk Algoa, Timur Cape Town.
Ia sekali gus membenarkan tiga per empat daripada burung-burung yang terdapat di kawasan itu berhenti daripada mengembara terlalu jauh mencari sumber makanan.
Populasi sihat burung laut tersebut mampu menahan serangan terhadap telurnya daripada burung camar dan pemburu seperti anjing laut, kucing, anjing dan pemangsa liar lain.
Bagaimanapun, kebimbangan berdepan populasi burung berkenaan memberi implikasi bahawa setiap individu dilihat sebagai kritikal manakala penguin yang terkena minyak, menghadapi kecederaan dan anak penguin terbiar akan diselamatkan.
Pada tahun lalu, sebanyak 49 anak penguin telah diterbangkan dari Pulau Algoa disebabkan ancaman cuaca sejuk.
“Pemulihan itu berjaya kerana burung-burung tersebut kelihatan sangat lincah dan mampu hidup selepas dibebaskan,” kata Ketua Pertubuhan Pemuliharaan Burung-Burung Perairan Pantai Afrika Selatan, Venessa Strauss kepada AFP.
Pertubuhan berpangkalan di Cape Town itu telah merawat sebanyak 1,000 penguin setahun termasuk 500 burung yang terkena tumpahan minyak.
“Ia lebih besar daripada penguin. Ia berkaitan kesihatan ekosistem marin kita,” kata Strauss.
“Banyak tumpuan diberikan kepada penguin tetapi hakikatnya ia berkaitan ekosistem kita. Ekosistem laut menerima kesan dan penguin hanya memberitahu sebahagian daripada cerita sebenar,” katanya. – AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)