Pertukaran budaya Jepun, Malaysia
PETALING JAYA - Dua sekolah dari Jepun, Toko Gakuen dan Ojiya Junior High School, melawat Malaysia baru-baru ini untuk berinteraksi, belajar dan saling bertukar budaya serta pengalaman dengan pelajar tempatan.
Ketika lawatan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik di sini, pelajar dari kedua-dua negara terlibat dalam sesi lampas otak berkaitan topik Hubungan Antara Manusia dan Hidupan Lain Pada Masa Depan.
Tema ini dipilih untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang kepelbagaian haiwan dan tumbuhan di dunia ini serta kepentingannya dalam keseimbangan ekosistem.
Pendedahan ini amat penting kerana mereka bakal menjadi pendesak uta-ma dalam masyarakat serta mempunyai pengaruh dan tanggungjawab sosial untuk memastikan hasrat murni itu tercapai.
Selain itu, pelajar Jepun ini juga berpeluang bertemu dengan pegawai Kementerian Pelajaran untuk mengetahui secara terperinci sistem pendidikan negara kita.
Mereka turut melawat tempat bersejarah di Melaka dan Kota Kinabalu, Sabah.
Program lawatan ditaja oleh Yayasan Hakuho, sebuah agensi pengiklanan global dari negara matahari terbit itu.