Saturday, April 02, 2011

Kisah Amir dan mati syahid

PADA zaman Rasulullah SAW, hidup seorang lelaki bernama Amir bin Jamuh. Kakinya tempang, namun Amir bertekad untuk ikut bertempur dalam Perang Uhud.

Beberapa sahabat menghalangnya kerana menganggap Amir tidak sesuai memandangkan dia tempang, namun Amir yang disokong oleh isterinya tetap bertekad untuk berbuat demikian demi membela agama Allah.

"Aku tidak percaya mereka telah melarangmu untuk ikut dalam pertempuran itu," kata isteri Amir.

Mendengar kata-kata itu, Amir menghunus pedang dan berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku".

Amir kemudiannya menemui Rasulullah SAW dan menyakinkan baginda untuk membenarkannya menyertai tentera muslimin.

Rasulullah SAW meminta Amir agar tidak ikut berperang. Namun, Amir terus mendesak dan akhirnya Rasulullah pun mengizinkannya.

Di medan pertempuran, Amir berteriak, "Demi Allah, aku ini sangat mencintai syurga".

Amir akhirnya gugur syahid di medan pertempuran. Setelah mendengar berita kematian suaminya, isteri Amir segera membawa seekor unta untuk membawa pulang jenazahnya.

Ketika jenazah Amir diletakkan di atas unta, haiwan itu tidak mahu berdiri. Pelbagai usaha dilakukan olehnya namun unta itu tetap tidak mahu berjalan, sebaliknya asyik memandang Uhud.

Ketika Rasulullah SAW mengetahui berita itu, baginda bersabda, "Sesungguhnya, unta itu telah diperintahkan untuk berlaku demikian. Adakah Amir berkata sesuatu semasa dia mahu meninggalkan rumahnya?"

Isterinya memberitahu sebelum meninggalkan rumah untuk bertempur di medan perang, Amir mengadap kiblat sambil berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku". Itulah sebabnya, kata Rasulullah, unta itu tidak mahu pulang.

Kisah yang tercantum dalam kitab Himpunan Fadilah Amal karya Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi itu menggambarkan keberanian dan kepahlawanan orang yang berjuang di jalan Allah. Mereka hanya berharap menjadi pahlawan yang gugur syahid di sisi-Nya.

Dalam surah ali-'Imran ayat 169-170, 
(3) سورة آل عمران - سورة 3 - آية 170-169
للغلة الإنجليزية    
ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله امواتا بل احياء عند ربهم يرزقون. فرحين بما اتاهم الله من فضله ويستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من خلفهم الا خوف عليهم ولا هم يحزنون
disebutkan bahawa orang yang gugur di jalan Allah sebenarnya tidak mati, tetapi hidup di sisi Allah SWT. Mereka yang gugur di jalan Allah SWT benar-benar hidup di alam lain, ini berbeza dengan alam kita.

Di alam sana, mereka juga mendapat rezeki daripada Allah yang sesuai dengan kehidupan alam barzakh. Maka itu, mereka bergembira kerana berada dalam kehidupan yang sebenarnya di sisi Allah.

سورة آل عمران آية 170

(1) سورة آل عمران - سورة 3 - آية 170
للغلة الإنجليزية    
فرحين بما اتاهم الله من فضله ويستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من خلفهم الا خوف عليهم ولا هم يحزنون

سورة آل عمران آية 169

(3) سورة آل عمران - سورة 3 - آية 169
للغلة الإنجليزية    
ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله امواتا بل احياء عند ربهم يرزقون

Dakwah Nabi Isa kepada kaumnya

NABI Isa adalah anak kepada Maryam. Maryam melahirkan Nabi Isa tanpa suami. Ia adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah. Malangnya kelahiran Isa yang sungguh ajaib dan luar biasa itu menyebabkan kaum Bani Israel menganggapnya sebagai anak Tuhan.

Ketika berusia 30 tahun, Nabi Isa telah menerima wahyu daripada Allah SWT. Baginda dilantik sebagai rasul untuk berdakwah kepada kaumnya. Baginda juga diberikan kitab suci iaitu Injil oleh Allah. Bani Israel pada waktu itu telah menyimpang jauh daripada kebenaran.

Selepas kewafatan Nabi Musa, Bani Israel cuba menyeleweng daripada apa yang terkandung dalam kitab Taurat. Antara penyelewengan yang dilakukan oleh mereka adalah menghalalkan apa yang telah diharamkan, menokok-tambah hukum-hukum yang telah ditetapkan dan menukarkan hari Sabtu sebagai hari untuk berseronok.

Padahal Allah telah menetapkan kepada mereka hari tersebut sebagai hari untuk beribadat. Selain itu, golongan kaya Bani Israel tidak mahu mengeluarkan zakat dan memberi sedekah untuk fakir-fakir miskin. Kegiatan murtad juga semakin berleluasa.

Dalam pada itu, golongan munafik juga bertambah. Mereka berlagak menjadi orang yang soleh dan baik, padahal dalam diam-diam mereka melakukan kemungkaran dan maksiat.

Oleh sebab itu, Nabi Isa diutuskan untuk berdakwah kepada mereka supaya kembali kepada ajaran Nabi Musa.

Apabila mendengar tentang dakwah Nabi Isa, golongan munafik itu menjadi marah. Mereka bimbang rahsia mereka yang berpurapura baik akan terbongkar. Lalu mereka telah mengadakan mesyuarat untuk menentang Nabi Isa.

Mereka menghasut rakyat dengan menuduh Nabi Isa sebagai pendusta. Kemudian mereka berkumpul beramai-ramai dan meminta bukti kenabian daripada Nabi Isa. Lalu Nabi Isa menunjukkan mukjizatnya kepada mereka iaitu mencelikkan orang buta dan mencipta burung daripada tanah liat. Bagaimanapun, mereka menuduh Nabi Isa sebagai tukang sihir pula.

Kemudian, Nabi Isa pergi berdakwah ke Baitul Maqdis pula. Hari itu adalah hari berkumpulnya pendeta-pendeta Bani Israel.

Dalam dakwahnya itu, baginda telah berjaya membuka hati mereka agar menerima ajarannya. Setelah itu, para pengikutnya semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Dakwah melalui pelancongan masjid


Shabudin Yahaya (dua dari kanan) meneliti buku Panduan Pelancongan Masjid sambil diperhatikan oleh Pengarah Darul Quran, Paimuzi Yahya (kanan), Abdul Halid Sitol (kiri) dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Masjid Jakim, Mahathir Mohd Noor (dua dari kiri) di ILIM, baru-baru ini.



Serangan ke atas World Trade Center di Amerika Syarikat (AS) pada tanggal 9 November 2001 mencetuskan 'fenomena' terhadap Islam. Biarpun ia mencetuskan Islamophobia tetapi agama suci yang dijamin membawa penganutnya ke syurga itu terus subur.

Malah, statistik membuktikan, insiden itu mengundang perasaan ingin tahu di kalangan penduduk bukan Islam. Ramai yang pada awalnya mengkaji untuk mencari keburukan Islam akhirnya mengucap syahadah.

Semuanya selepas melihat keindahan dan kebenaran yang terkandung di dalam agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1,432 tahun hijrah yang lalu.

Apa yang penting, umat Islam perlu mengambil peluang daripada situasi ini terutamanya dalam berdakwah kepada orang bukan Islam. Ia supaya mereka memahami Islam sebagai mana yang diajar oleh Rasulullah dan yang terkandung di dalam al-Quran.

Antara lokasi atau ikon untuk mendekati Islam sudah tentu adalah masjid. Maka, umat Islam perlu menggunakan peluang yang ada untuk memperkenalkan Islam kepada golongan ini. Ia boleh dilakukan melalui dakwah bil hal (melalui perbuatan) selain dakwah bil lisan (dakwah melalui tulisan atau kata-kata).

Ia bertepatan dengan firman Allah 
(1) سورة النحل - سورة 16 - آية 125
للغلة الإنجليزية    
ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي احسن ...

yang bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. (an-Nahl: 125)

Inilah yang dikongsi oleh bekas ahli geologi, Syed Raziuddin Ali, anak kelahiran India yang kini menetap di Bahrain. Beliau adalah pengasas Discover Islam yang ditubuhkan pada 1987 di Bahrain. Antara matlamat utama adalah mendekati golongan bukan Islam melalui dakwah.

Beliau juga berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pengajar Program Pemandu Pelancongan Masjid (ATMT) di negara tempat tinggalnya selain menerbitkan beberapa makalah pengenalan tentang Islam.

Katanya, program ATMT berkesan dalam memberi kesedaran tentang kesucian dan budaya Islam kepada golongan bukan Islam.

"Setakat ini, ia telah berjaya di Bahrain selama 13 tahun dan Malaysia (tiga tahun). Ia juga telah diperkenalkan di beberapa negara seperti Oman, Singapura, Turki dan Sri Lanka.

"Pendek kata, ia adalah peluang terbaik memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam," jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Konsep Kesedaran Pelancongan di Masjid' pada Konvensyen Kesedaran Dakwah Melalui Pelancongan Masjid di Institut Latihan Islam Malaysia
(ILIM), Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Konvensyen enam hari itu adalah anjuran ILIM, Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia, Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti (Kesuma) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pelancongan Malaysia.
Perasmiannya dilakukan oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahbudin Yahaya yang mewakili Menterinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau turut melancarkan buku Pelancongan Masjid di Malaysia terbitan Kesuma. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Abd. Halid Sintol.

Mengulas tentang polemik membenarkan orang bukan Islam melawat masjid, Syed Raziuddin berkata, pada asasnya, Islam membenarkan mereka melawat masjid dengan syarat mematuhi syarat tertentu.

Antaranya, memakai pakaian menutup aurat, menghormati kesucian masjid dan mendapat kebenaran pengurusan masjid.

Katanya, ini berdasarkan Nabi SAW pernah membenarkan puak kristian Najran dan Thaqiq memasuki masjid.
"Tambahan pula, ini menjadi pendekatan dakwah yang lebih berkesan secara bersemuka kerana mereka yang datang kepada kita (masjid).

"Ia sekali gus dapat menjadi jambatan menghubungkan budaya selain masjid adalah tempat paling baik membicarakan soal ketauhidan," katanya.

Seorang lagi pembentang kertas kerja ialah Koordinator Kanan, Pusat Islam Ahmad Al Fateh, Bahrain, Farahat Mohammed AlKindy.

Katanya, perasaan ingin tahu mengenai Islam di kalangan mereka yang bukan Islam makin meningkat dan menyebabkan mereka ke masjid bagi mendapatkan jawapannya.

Antara kemusykilan besar dalam pemikiran mereka adalah berkaitan aurat wanita Muslim dan kedudukan mereka dalam masyarakat.

"Keadaan ini dibantu oleh liputan media Barat yang selalunya memaparkan aspek negatif umat Islam terutamanya dikaitkan dengan aktiviti pengganas," katanya.

Oleh itu, Farahat berkata, umat Islam khususnya di Malaysia mesti mengambil peluang kelebihan itu untuk mempromosikan agama tersebut melalui program pemandu pelancong di masjid.

Lebih-lebih lagi dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam yang disegani di peringkat antarabangsa.
"Saya yakin jika pelancongan masjid itu dijalankan secara sistematik dengan sukarelawan yang dilatih secukupnya, lebih ramai akan tertarik dengan Islam," tambahnya.

Menurut Farahat, antara negara yang menjadikan pelancongan Islam sebagai punca pendapatan adalah Turki.
Katanya, antara pakej penting menjayakan program tersebut adalah pemandu pelancong yang boleh memberi maklumat tepat dengan Islam selain mempunyai akhlak yang baik.

"Dalam hal ini, first impression amat penting. Kita perlu gunakan pendekatan berhikmah dalam berdakwah. Mudah-mudahan cara sedemikian boleh menarik orang bukan Islam kepada agama ini," jelasnya.

Ini penting sebagaimana firman Allah 
(1) سورة آل عمران - سورة 3 - آية 19
للغلة الإنجليزية
    
ان الدين عند الله الاسلام ...

yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam... (ali-'Imran: 19)

سورة النحل آية 125

(1) سورة النحل - سورة 16 - آية 125
للغلة الإنجليزية    
ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي احسن ان ربك هو اعلم بمن ضل عن سبيله وهو اعلم بالمهتدين

سورة آل عمران آية 19

(1) سورة آل عمران - سورة 3 - آية 19
للغلة الإنجليزية    
ان الدين عند الله الاسلام وما اختلف الذين اوتوا الكتاب الا من بعد ما جاءهم العلم بغيا بينهم ومن يكفر بايات الله فان الله سريع الحساب

سورة الفاتحة آية 7

(1) سورة الفاتحة - سورة 1 - آية 7
للغلة الإنجليزية    
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

سورة الفاتحة آية 6

(1) سورة الفاتحة - سورة 1 - آية 6
للغلة الإنجليزية    
اهدنا الصراط المستقيم

سورة الفاتحة آية 5

(1) سورة الفاتحة - سورة 1 - آية 5
للغلة الإنجليزية    
إياك نعبد وإياك نستعين

سورة الفاتحة آية 4

(1) سورة الفاتحة - سورة 1 - آية 4
للغلة الإنجليزية    
مالك يوم الدين

سورة الفاتحة آية 3

(1) سورة الفاتحة - سورة 1 - آية 1
للغلة الإنجليزية    
بسم الله الرحمن الرحيم

سورة الفاتحة آية 1

(1) سورة الفاتحة - سورة 1 - آية 1
للغلة الإنجليزية    
بسم الله الرحمن الرحيم

سورة الفاتحة آية 2

(1) سورة الفاتحة - سورة 1 - آية 2
للغلة الإنجليزية    
الحمد لله رب العالمين

Ingin murtad

Soalan: Kawan saya yang berasal daripada agama lain dan telah memeluk Islam. Beberapa tahun ini dia mula menyampaikan hasrat hatinya untuk kembali kepada agama asalnya. Bagaimanakah untuk mencari jalan penyelesaiannya ?
- Nurulddin Mohd Noor, Gombak, Selangor.
Jawapannya: Keimanan seseorang dengan Allah itu merupakan satu kepercayaan dan perjanjian yang yang amat kudus, agung dan suci. Ia adalah suatu ikatan yang mendalam antaranya dengan Tuhan. Akidah dan ikatan ini yang tersimpul daripada dasar hatinya dan termeteri dengan Allah Yang Maha Pencipta.
Sedangkan Allah SWT itu Tuhan yang menciptakannya dari awal kejadiannya yang bermula daripada tiada apa- apa, lalu diciptakan, diasuhkan dan dijaganya sehingga menjadi manusia, remaja dan seterusnya dewasa. Kurniaan-Nya adalah nikmat lengkap dengan kesenangan hidup yang tidak termampu hamba itu sendiri menghitungkannya, apatah lagi mengingkarinya.
Jadi bila kawan anda tadi bercadang merombak balik ikatan yang begitu mendalam akar umbinya bererti usaha tersebut amatlah menyeksakan jiwanya dan mendatangkan kemurkaan Tuhan.
Ini adalah seperti sebatang pokok yang sudah menjunam akarnya ke dasar bumi, dan hidup subur, rendang, tetapi kawan anda itu berhasrat mencabutnya kembali. Pastilah ia boleh mendatangkan bahaya, dan boleh merugikan kita semua kerana mereka yang telah menerima Islam itu bererti jiwanya mula mendapat roh kehidupan dan kemerdekaan dari segala suatu yang lain daripada Allah. Tanpa ada tingkatan (kasta) kehambaan terhadap sesiapa, dan tiada kemuliaan untuk sesiapa melainkan dengan takwa sahaja.
Hakikat kehidupan yang bebas dan bercahaya ini, bila sudah menjiwai seorang, tidak ada lagi sesiapa yang ingin kembali kepada kehidupan yang terikat sempit lagi gelap gelita kembali.
Amatlah menyakitkan dan menyeksa dirinya sendiri. kerana kehidupan sebenar itu bukanlah kehidupan tubuh badan yang berdarah daging ini. Ini kerana kehidupan seperti itu semua dimiliki bersama oleh haiwan binatang dan kejadian yang lain semuanya, tetapi kehidupan hakiki ialah kehidupan yang ikatannya kuat bersambungan dengan Allah melalui hubungan akidah keimanan dan pengenalan kecintaan dengan-Nya.
Keimanan itulah yang melahirkannya kembali dan dapat hidup sempurna sebagi hidup yang hakiki, dan akan bertemu Tuhannya di akhirat nanti dengan selamat sejahtera dan aman bahagia.
Dengan cahaya keimanan manusia dapat mengenali dan membezakan antara baik dan buruk, kebajikan dan kejahatan dan mengenali kebenaran dan kebatilan.
Dalam kehidupan hakiki tersebut, tidak ada lagi ruang bagi bibit keraguan untuk hidup subur padanya sekalipun suasana kelilingnya diselubungi gelap gelita.
Wallahualam.

Demi ukhuwah Islam

Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah Islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.
Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya. Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, dialah yang akan mempertahankannya. Tidak jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan ketika Gaza diserang ganas oleh Israel ketika ini, Bush mengistiharkan Hamas itulah pengganas. Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan dari Amerika. Demokrasi yang kononnya hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata. Umpamanya Mesir, sekalipun tampuk kuasa yang ada pada hari ini meminggirkan demokrasi dan mengkhianatinya, namun tampuk tersebut terus dipertahankan oleh Amerika disebabkan berbagai kepentingannya. Antaranya, Mesirlah pada hari ini yang menghalang kemasukan bantuan melalui sempadannya dengan Palestin. Sukar bagi syaitan berwatak malaikat. Saya tidak pasti dengan lobi Yahudi yang kuat dalam politik Amerika, apakah Obama akan mampu berbuat sesuatu?
Beberapa hari saya menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel di hadapan Kedutaan Israel di London. Bersama saya Saudara Maszlee Malik yang sedang menyiapkan Ph.D di sini. Beliau banyak menulis dan membabitkan diri dalam isu-isu Palestin. Juga Saudara Wan Saiful Wan Jan, orang Melayu yang aktif dalam politik British dan menjadi calon Parti Liberal Konservatif di United Kingdom ini. Ramai yang menyertainya. Bukan sahaja orang Islam dan Arab, turut sertai juga mereka yang bukan muslim yang terdiri daripada ‘orang putih dan tidak putih’ UK ini. Datuk Seri Shahidan Kassim yang sekali lagi datang ke London juga turut hadir. Selama seminggu demonstrasi berjalan di London. Bukan sahaja di hadapan Kedutaan Israel, orang ramai turut berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Mesir kerana negara tersebut menutup sempadannya untuk bekalan makanan dan ubatan disalurkan kepada rakyat Palestin. Hari Sabtu (hari artikel ini ditulis) demonstrasi besar di seluruh London akan diadakan. Bantahan dibuat untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Ia melepasi batasan kepuakan atau kepartian yang sempit. Jika sesiapa yang hendak membantah Israel pun masih nak kempen parti, ternyata otaknya sama dengan Israel.
Demonstrasi sebegini, mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya juga mengharapkan umat Islam dan masyarakat dunia mengadakannya. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita. Firman Allah: (maksudnya) Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (Surah al-Nisa, ayat 75-76). Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H): “Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).
kekejaman
Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel. Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Ramai yang lain bergantung rahmat kepada Amerika. Bahkan bukan sedikit yang sedang ‘mengidam kerusi kuasa’ bertawakal harap dari Amerika.
Maka, di saat ini, sekurang-kurangnya demonstrasi, atau apa sahaja bantahan yang tidak bercanggahan dengan Islam hendaklah dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Demikian juga bantuan kewangan. Di Malaysia, sepatutnya mereka yang memegang tampuk-tampuk pentadbiran agama, sama ada yang berada di atas kerusi politik, atau istana perlu menjadi kelompok yang paling lantang membantah dan menghulurkan bantuan. Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel. Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajipan umat Islam dalam isu Palestin? Setelah keletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?
Jika tidak, malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi SAW: Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kasihan dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam (Riwayat Muslim).
Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Sama ada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain. Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Sama ada ke atas Muslim atau bukan Muslim, sama ada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan. Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.
Dr. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah bekas mufti perlis dan sekarang pensyarah pengajian islam, universiti sains Malaysia (usm) yang sedang sabatikal di Britain. laman web: drmaza.com. E-mel: moasriza@yahoo.com.

Beringat semasa dilimpahi pujian

SOALAN: Selepas lulus SPM dengan mendapat gred 3, kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur mengikut ayah bekerja. Ketika tinggal di sebuah pekan kecil di Batu Pahat dulu, saya rasa kulit saya agak gelap, tetapi selepas duduk di bandar yang canggih ini, bertemu dengan kawan-kawan yang tahu mekap, saya terpilih menjadi seorang pelakon, lalu akhirnya kerap menjadi heroin.

Mungkin kerana saya seorang tinggi, menjadi buruan wartawan dan pengarah. Kerap kali gambar saya keluar dalam akhbar dan majalah.

Dalam umur 24 tahun, setelah beberapa tahun menjadi pelakon saya sedar apakah sebenarnya kehidupan seorang pelakon. Lepas berlakon menjadi heroin dalam drama, keseronokan itu terbawa-bawa ke bilik hotel, saya tinggal bersama penolong pengarah yang memang rapat dengan saya, lalu akhirnya kami tidur sekatil, biarpun tidak terlanjur.
Dua tahun kami mengalun cinta, dia telah mempunyai isteri yang masih muda dan sedang mengandung anak ketiga. Saya bertekad akan berkahwin dengannya. Biarpun kami tidak terlanjur dan berzina, saya rasa kehormatan saya telah tercemar.

Untuk mengatasinya, saya mesti berkahwin dengannya. Saya rasa dia seorang yang sesuai dengan saya kerana seorang romantik dan bersesuaian dengan jiwa saya. Tetapi dalam masa yang sama saya terfikir, adakah cita-cita suci saya terlaksana dan berakhir dengan kebahagiaan selamanya.

– Pelakon risau, Kuala Lumpur.

Jawapan: Daripada seorang budak sekolah berkelulusan SPM, tinggal di pekan kecil, tidak tahu mekap dan saudari berpindah ke Kuala Lumpur ikut keluarga. Yang memberi kredit kepada saudari kerana mempunyai ketinggian dan sebenarnya mempunyai kecantikan yang selama ini tidak digilap.

Saudari merasa menjadi lebih cantik, apabila surat khabar dan majalah mengeluar gambar, kadang-kadang sampai tiga keping dalam satu keluaran. Ada dua gambar besar dan satu kebil untuk mempromosi seseorang, lebih-lebih lagi public figure yang sedang top. Surat khabar seperti ini, juga majalah-majalah yang memaparkan gambar sedemikian hanya menebalkan keluarannya semata-mata, dari segi akademiknya, tulisan atau paparan seumpama ini sebenarnya tidak ada nilai ilmiah, pembaca membayar segala kos yang dikeluarkan, tetapi tidak mendapat ilmu atau manfaat daripadanya.

Rasa cantik dan disanjung itu terus menebal dalam diri individu yang terlibat. Ada rasa bangga juga ada rasa angkuh. Ia timbul semata-mata kerana dirasakan dirinya cantik, disanjung, diminati. Fenomena ini akan tiba ke kemuncaknya apabila muka yang dirasakan cantik itu menjadi bahan iklan di televisyen, surat khabar dan sebagainya yang boleh menyebabkan seseorang itu lupakan diri, riak.

Dalam suasana seumpama inilah timbulnya iklan-iklan rambut yang halus mengurai yang disertakan dengan jenama produk tertentu. Difokus pada pandangan betis yang mulus panjang. Hal seumpama ini banyak digambarkan apabila menggambarkan kecantikan seseorang seperti yang dijelaskan dalam hikayat-hikayat lama, di mana keindahan betis itu digambarkan seumpama bunting padi, pipi licin seumpama pauh dilayang. Hidung mancung seludang dan macam-macam lagi gambaran pengarang dalam usaha menggambarkan kecantikan seseorang gadis.

Hakikatnya, apabila yang ditayangkan itu muda, rambutnya akan kelihatan mengurai seumpama sutera, pipinya seumpama pipi bayi, halus seumpama sutera atau seumpama bulu anak ayam baru menetas. Segala-galanya cantik ketika muda biarpun tanpa menggunakan produk tertentu.

Tentunya lebih cantik apabila disertakan dengan alat-alat solek, saya yang berlaku kepada saudari apabila tinggi di Kuala Lumpur, pada hal saudari kelihatan gelap sedikit ketika tinggal di Batu Pahat, apatah lagi ketika itu saudari masih bersekolah.

Apa yang perlu diperjelaskan, suasana seumpama ini, termasuk sanjungan yang keterlaluan itu tidak banyak memberi faedah dalam erti kata sebenar, pada diri sendiri, keluarga, masyarakat selain daripada menebal rasa riak, menunjuk-nunjuk, merasa diri lebih daripada orang lain.

Dari sinilah lahirnya individu yang bertunang atau berkahwin memberi hantaran secara besar-besaran, ditulis dalam akhbar sebanyak RM40 ribu, RM10 ribu atau lebih daripada itu ada juga si lelaki memberi sebuah kereta. Berita seumpama ini mendapat tempat di muka depan akhbar atau di ruang-ruang yang banyak peminat membacanya.
Islam itu mudah dan praktikal. Amalan seumpama ini bukan daripada ajaran Islam. Dalam Islam, perkahwinan mesti mengandungi seorang lelaki, sighah iaitu ijab dan kabul, seorang wali atau wali hakim, dua saksi dan mahar.
pengaruh Hindu

Namun demikian, akibat daripada pengaruh Hindu yang didatangkan dari Benua India, perkahwinan Melayu menjadi complicated seperti yang berlaku sekarang. Setelah Islam datang, disusuli dengan kedatangan British atau Barat, orang Melayu mula mengadakan majlis perkahwinan di hotel-hotel, adakalanya mirip kepada upacara Barat dengan gaun menyapu lantai, potong kek, tarian dan sebagainya.

Keadaan ini terus menerus berlaku hingga sekarang. Tidak banyak dipersoalkan upacara-upacara seumpama ini, sama ada teguran daripada jabatan-jabatan agama, orang-orang politik atau lain-lain. Sesungguhnya sifat riak atau menunjuk-nunjuk itu termasuk dalam amalan “syirik asghar” (syirik kecil) yang sepatutnya dielakkan.

Yang penting ialah ilmu yang berkaitan dengan hidup rumah tangga yang wajib dipelajari, difahami dan dihayati, semoga dengan hidup berumahtangga itu aman damai dan mendapat keredaan Allah buat selama-lamanya.
Bertunang adalah tempoh di mana setiap pasangan atau keluarga perlu memerhati, meneliti pasangan yang lain. Tentang latar belakang keluarga, ketakwaannya kepada Allah dan lain-lain keperluan sebagai insan. Akibat daripada membelakangkan ilmu pengetahuan yang berkaitan rumah tangga, perkahwinan yang dilakukan secara besaran, diuar-uarkan di seluruh negara akhirnya berkesudahan dengan masalah. Lagi sekali kes-kes berkenaan diheboh di dada-dada akhbar.

Kalau dulu muka utama akhbar menyiarkan berita pertunangan, jumlah hantaran, persandingan, adat menyarung cincin di jari manis atau istiadat membatalkan air sembahyang, kali ini akhbar yang sama membongkar rahsia talak yang dijatuhkan di hadapan hakim kadi. Lagi sekali akhbar seumpama ini tidak mengandungi berita-berita yang bersifat akademi atau mendapat ilmu daripada pembacaan yang dipaparkan.

hakikatnya apa yang dipaparkan dalam majalah atau akhbar seperti dijelaskan bukan perlakuan hidup sebenar masyarakat Malaysia. Masih banyak penduduk Malaysia yang kain pagi makan pagi, kais petang makan petang. TV3 selalu menyiarkan kehidupan yang menderita, hidup sebatang kara ditinggalkan suami, kerja sebagai buruh kasar, menyara hidup dua, tiga orang anak yang kesemuanya cacat. Anak kecil yang masih sekolah menengah berhenti membantu emaknya untuk menyara hidup keluarga atau adik beradik yang malang.

Saudari merasakan diri “tidak suci” atau seumpama “ternoda” kerana tidur sekatil dengan pasangan, hasil daripada rangsangan ghairah ketika berada di pentas berlakon. Saya berkeyakinan bahawa keadaan atau perasaan seumpama ini dialami oleh semua orang, yang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin atau belum berkahwin. Ini tetap berlaku selagi individu berkenaan sihat, normal dan mempunyai nafsu sebagai manusia.

Kerana saudari mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan berkenaan saudari merasakan dia adalah seorang lelaki yang paling sesuai. Paling romantis dan saudari bertekad tidak mahu berkahwin dengan lelaki lain.
Saudari tidak pernah bercinta selain daripada pasangan saudari yang telah mempunyai dua orang anak. Kerana itu, bagaimana saudari tahu yang lelaki ini adalah paling sesuai, orang lain tidak sesuai, sesuai dengan selera saudari.
Saudari kena insaf, ketika bercinta segala-galanya cantik. Seperti yang dijelaskan, pasangan saudari mempunyai isteri yang cantik, tetapi kenapa masih mencari peluang tidur sebantal dengan saudari. Ini secara tidak langsung, kecantikan itu bukan prioriti, dalam masa yang sama dia tidak dapat menghargai kecantikan isterinya, sebab utama mungkin saudari masih muda. Saudari juga perlu ingat, saudari ketika berada di kampung mempunyai kulit gelap. Mungkin isteri teman saudari itu lebih cantik daripada saudari, tetapi kerana saudari lebih muda atau dia iaitu pasangan saudari semata-mata mahu ubah selera seksnya.
berusaha

Kerana itu, kalau dia boleh berusaha mengubah selera dari isterinya kepada saudari, kenapa pula ia tidak boleh berubah selera kepada perempuan lain apabila saudari sudah berada di genggamannya.

Di surat khabar, yang selama ini berita tentang saudari di muka hadapan, tiga keping keluar dalam satu terbitan, tayangannya dipaparkan sama, tetapi beritanya mungkin pergaduhan di mahkamah kadi. Waktu itu saudari akan dihambat wartawan dengan bertudung litup berwarna hitam, sambil memakai cermin mata besar untuk mengelirukan mata peminat, juga kenalan di Batu Pahat, termasuk teman-teman di sekolah dulu.

Fenomena seperti ini banyak berlaku, malah menjadi satu trend, apabila seseorang itu dituduh di mahkamah, gambar yang dipaparkan ialah ketayap putih bagi lelaki, termasuk di antaranya mereka yang merogol gadis di bawah umur. Inilah gambaran masyarakat Melayu Islam Malaysia yang wajarnya dikikis dan bukan menjadi trademark.

ALAMATKAN soalan kepada Datuk Dr. Amran Kasimin, Mingguan Malaysia, 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur atau e-mel ke mingguan@utusan.com.my

Intisari Rancangan TV9

Sabtu 02 Mac 2011
7.00 Tanyalah Ustaz
8.00 Nasi Lemak Kopi O
10.00 Aqso & Madina
11.00 Ekspedisi Chef Wan
11.30 Hip TV
12.00 Berita TV9
12.30 Skrin Hujung Minggu: Calon Mertua
2.28 Berita Adik
2.30 Nick Di 9: Wonderpets
3.00 Nick Di 9: Go Diego Go!
3.30 Nick Di 9: Dora The Explorer
4.00 Nick Di 9: Fairly Odd Parents
4.30 Nick Di 9: The Adventures Of Jimmy Neutron
5.00 Nick Di 9: Spongebob Squarepants
5.28 Berita Adik
5.30 Tazmania
6.00 Sylvester & Tweety Mysteries
6.30 Upin & Ipin
7.00 Chopp!!
7.02 Idola Kecil
8.00 Berita TV9
8.30 Chopp!!
8.32 OMG: Nana Narita
9.00 Akademi Al-Quran 5
10.00 Blogger Boy
10.30 Istana Takeshi
11.00 Jelatang
12.00 Gua Di 9

Intisari Rancangan TV2

Sabtu 02 Mac 2011
5.55 Negaraku
6.00 Motivation @ 2: All In The Mind
6.30 Healthy Living On 2: Plate & Spoon
7.00 Berita Inggeris
7.15 Asian Roundup
7.30 Kids On 2: Tak And The Power Of Juju
8.00 Kids On 2: Chiki Boom
8.30 Kids On 2: Disney Little Einsteins
9.00 Kids On 2: Rollbots
9.30 Kids On 2: The Last Of The Mohicans
10.00 Telemovie: Namaku Bukan Setsuko
12.00 Berita Mandarin
12.30 Bollygood Time On 2: Kuch Naa Kaho
3.00 Honeyz
3.30 Hari Khas RTM: Majalah & Dokumentari Hari RTM
4.00 In Trend
4.30 Selekta Sabtu: Teksi
7.00 Selekta Sabtu: Pak Kaduk
7.30 Berita Tamil
8.00 Berita Mandarin
8.30 Berita Inggeris
9.00 Hawaai Five-O
10.00 Saturday Nite Special: Red Eye
12.00 Golden Classic On 2: Anna Karenina
2.30 The Three Stooges
3.00 Drama Bersiri Tamil: Mounamaana Neram
3.30 Drama Bersiri Mandarin: Selat Melaka Ke Lautan Pasifik
4.30 Drama Bersiri Melayu: Aku Di Atas Kau Di Bawah
5.00 Variety On 2: Bujang Rebutan

Intisari Rancangan TV3

Sabtu 02 Mac 2011
6.00 Al-Hidayah
6.30 Motivasi Pagi
7.00 Funtoons: Public Domain Cartoons
7.30 Buletin Pagi
8.00 Toon Disney: Disney Stitch!
8.30 Woody Woodpecker
9.00 Toon Disney: Disney's Kim Possible
9.30 TV3 Kids News
9.32 Nickelodeon: Penguins Of Madagascar
10.00 TV3 Kids Voice Out
10.02 Secret Saturday
10.30 TV3 Kids Voice Out
10.32 Armor Hero
10.58 TV3 Kids Voice Out
11.00 Berita Terkini
11.02 TV3 Kids: Detective Conan
11.30 TV3 Kids Movie Magic: Now You See It
12.00 Berita Terkini
12.02 Sambungan TV3 Kids Movie Magic
1.30 Buletin 1:30
2.00 Panggung Sabtu: Rang De Basanti
4.00 Berita Terkini
4.02 Sambungan Panggung Sabtu
5.00 Muzik Muzik 26
6.00 Berita Terkini
6.02 Heroes: Villains
7.00 Atashinchi
7.30 Agro Xplorasi
8.00 Buletin Utama
9.00 Majalah 3
10.00 Cerekarama: Iktihad Ahad
12.00 Nightline
12.30 TV3 Cinema: Casper
2.30 Ezora
3.30 Jangan Tidur Lagi
4.30 Nona
5.30 Misteri Nusantara

Intisari Rancangan TV1

Sabtu 02 Mac 2011
6.00 Surah Pilihan
6.30 Ta’alim
7.00 Berita Nasional
7.20 Akhbar Hari Ini
7.30 Selamat Pagi 1Malaysia
8.00 Berita Semasa 8
8.05 Selamat Pagi 1Malaysia
8.30 Laporan Kaji Cuaca Dari Jabatan Meteorologi
8.35 Selamat Pagi 1Malaysia
9.00 Berita Semasa 9
9.05 Selamat Pagi 1Malaysia
9.30 Adik-Adikku
10.00 Candaria: Lagu 3 Kupang
10.30 Herba Dapur
11.00 Berita Semasa 11
11.05 IKS
11.30 Xpresi Kembara
12.00 Apa Kata Wanita
1.00 Berita Nasional
1.30 Info Sukan
1.45 Diva @ 1
2.00 Gen Y
3.00 Berita Semasa 3
3.05 Panggung 1: Hana
4.50 Di Celah-Celah Kehidupan
5.00 Berita Wilayah
6.00 Agrotek
6.30 Adik-Adikku
7.00 Sejiwa Senada
7.15 Kata Adik-Adikku
7.30 National Geographic: Rat Genius
8.00 Berita Nasional
9.00 Panggung Seri: Masihkah Ada Sinar
11.00 Berita Dunia
11.30 Menuju Gemilang
12.00 Agrotek
12.30 Berita Nasional