Monday, October 04, 2010

Luak

luakmenjadi kurang (kerana diambil dsb); susut. meluakkan menjadikan kurang; mengurangkan; menyusutkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
luak VIMn, sr utk menghalau lembu.Kamus Dewan Edisi Empat
luak VMn perigi, telaga, sumur.Kamus Dewan Edisi Empat
luak IVJw musang, Paradascursus spp; kopi ~ biji kopi yg diperoleh dlm tahi musang.Kamus Dewan Edisi Empat
luak IIIMn daerah, jajahan.Kamus Dewan Edisi Empat
luak IIark; meluak meluah, meloya.Kamus Dewan Edisi Empat
luak Isusut, berkurang: makanan yg dihidang­kan sedikit pun tidak ~; meluak, meluaki menyusuti, mengurangi; meluakkan menjadikan luak, mengurang­kan, menyusutkan.Kamus Dewan Edisi Empat
kopi luakbiji kopi yg diperoleh dlm tahi musang.Kamus Dewan Edisi Empat

Luwak

dakah anda bermaksud : Lawak, Luak, Luhak, Lunak

Rezeki tahi musang

ARKIB : 03/10/2010

Rezeki tahi musang



MUSANG dikurung dan diberi makan kopi untuk menghasilkan kopi luwak.



SETELAH lama tidak pulang kampung, Saiful yang bekerja di Jakarta pulang ke kampung halamannya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Kerana kedudukan Jakarta ke Lampung Barat terlalu jauh menyebabkan dia jarang sekali pulang dan kadangkala sehingga bertahun dia tidak menjenguk orang tuanya.

Majoriti penduduk kampung bekerja di ladang-ladang kopi atau menanam sayur dan pendapatan yang diperolehi cukup untuk mengalas perut daripada kelaparan. Hidup di kampung memang tidak kebuluran tetapi untuk memperolehi wang yang banyak atau hidup mewah memang hanyalah impian.

Kadangkala sistem pertukaran barangan masih dijalankan seperti buah kelapa ditukar dengan kopi dan telur itik ditukar dengan beras.

Lantaran itu Saiful tekad untuk keluar dan berhijrah ke kota metropolitan Jakarta untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Walaupun dengan kelulusan sekolah menengah atas, dia hanya layak bekerja sebagai pemandu peribadi di kota yang menjanjikan seribu harapan itu.

Namun baginya gaji sebanyak Rp2 juta atau kira-kira RM700 itu sudah cukup lumayan berbanding apa yang diperolehi jika meneruskan kerja di ladang kopi sebagaimana orang tuanya.

Malam itu ketika duduk di hadapan rumah sambil berbual dengan bapanya sambil menghirup kopi, pelbagai perkara dibincangkan dan ia sekitar aktiviti di kampung berkenaan.

Bapa Saiful merungut kerana buah-buah kopi di kebunnya sering dimakan musang menyebabkan pendapatannya merosot. Tiba-tiba mendengarkan cerita bapanya itu Saiful melompat. Bapanya tercengang melihat gelagat anak sulongnya daripada empat adik beradik itu.

"Ha! inilah peluang untuk buat duit," bicara Saiful hampir-hampir menjerit kegirangan mendengarkan masalah musang di kampung.

Bapanya tergaru-garu kepala memikirkan kata-katanya Saiful, dahinya yang berkedut, bertambah dikerutnya untuk memerah fikiran apakah erti perkataan anaknya itu.

"Daripada musang inilah kita boleh menghasilkan kopi luwak yang tinggi harganya dan cukup popular di Jakarta dan hampir seluruh dunia," kata Saiful.

Dari situlah timbulnya idea para penduduk kampung di Lampung Barat untuk menangkap musang liar dan diberi makan kopi. Najis yang diperolehi dan masih mengandungi biji kopi dijemur sehingga kering sebelum dicuci dan diproses menjadi kopi. Walaupun perkembangannya agak perlahan, tetapi pada masa ini terdapat enam orang pengusaha kopi luwak di Lampung Barat.

Ditangkap


Musang-musang liar ditangkap menggunakan perangkap dan selepas dikurung dan diberi makan buah kopi untuk tempoh tertentu, akan dilepaskan kembali ke hutan.

Ini kerana kos untuk memelihara seekor musang agak mahal kerana musang juga perlu meminum susu dan memakan daging untuk memastikan haiwan itu sihat.

Oleh itu apabila musim kopi berkurangan, musang akan dilepaskan kembali ke dalam hutan dan ditangkap kembali apabila musim buah kopi bermula.

Sebenarnya musang yang sering menangkap ayam dan ternakan lain di kampung, jugalah yang memakan buah-buahan termasuk kopi. Jika musang berkenaan dikurung terlalu lama ia akan menjadi kurus dan tidak sihat.

Pegawai Daerah Lampung Barat, Mukhlis Basri berkata, lebih 60,000 hektar tanah di Lampung Barat ditanam dengan kopi jenis Robusta yang menghasilkan lebih 38,000 tan kopi setahun mempunyai potensi cukup besar untuk menghasilkan kopi luwak.

Walaupun Lampung Barat baru menceburi bidang berkenaan, beliau kini menggalakkan para petani untuk menukarkan aktiviti pertanian yang memberi pendapatan rendah kepada penghasilan kopi luwak yang dapat memberi pendapatan tinggi.

Namun oleh kerana ketinggian Lampung Barat di bawah 1,000 meter dari paras laut, ia lebih sesuai ditanam dengan kopi jenis Robusta yang kualiti dan harganya lebih rendah berbanding kopi Arabica yang ditanam di kawasan lebih tinggi.

Bagaimanapun sejak perusahaan kopi luwak dikembangkan di kawasan berkenaan ia memberi harapan baru kepada para petani untuk meningkatkan pendapatan mereka dan orang seperti Saiful tidak lagi perlu berhijrah ke kota untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Walaupun di Malaysia kopi luwak masih diragui status halalnya, tetapi di Indonesia telah dikeluarkan fatwa bahawa kopi itu halal kerana ia hanya terkena najis dan apabila dibersihkan masih boleh diminum dan kopi luwak dijual pada harga kira-kira RM30 secawan di Jakarta.

Terdapat juga pengusaha membeli najis musang yang belum dicuci untuk diproses menjadi kopi, kerana dikatakan lebih enak dan digemari oleh pelancong asing.

Biji kopi yang berada di dalam perut musang dikatakan mengalami proses kimia yang menyebabkan ia lebih berperisa, selain musang merupakan haiwan yang mempunyai deria tajam untuk memilih kopi yang terbaik.
http://ahmadsalafi.blogspot.com/2010/10/luwak.html

Muda, kaya dan berpengaruh

ARKIB : 03/10/2010

Muda, kaya dan berpengaruh



PENGASAS facebook, Mark Zuckerberg juga merupakan orang muda paling kaya di dunia.


MENJADI kaya pada usia muda adalah sesuatu yang menjadi impian hampir semua orang walaupun mungkin episod itu telah lama berlalu.

Sememangnya kekayaan menjadi kayu pengukur utama kebanyakan kita dalam menilai kejayaan seseorang.
Dalam erti kata lain harta, kereta yang dipandu, saiz rumah yang diduduki menjadi pengukur status dan kejayaan di mata orang lain.

Namun waima apapun menjadi kaya dan bergelar bilionair pada usia muda adalah saat hidup paling bermakna dan boleh kita kategorikan umpama bulan jatuh ke riba.

Sudahlah muda, kaya, menjadi tumpuan dan dikenali ramai. Bukankah itu antara impian yang pernah diangankan kebanyakan kita ketika masih muda remaja.

Namun hakikat hidup yang sebenar meletakkan kita berada pada kehidupan sekarang dan apabila usia semakin lanjut kita sudah semakin mampu menerima kenyataan bahawa hanya beberapa orang yang terpilih sahaja yang diberikan peluang sedemikian.

Memang kalau diikutkan senarai, ramai di antara orang muda ini disenarai terkaya namun ia bukan hasil dari titik peluh mereka sendiri.

Dilahirkan dalam dulang emas dan dengan kekayaan yang begitu banyak mereka hanya perlu membuat pelaburan bijak untuk terus kekal kaya.

Antara mereka adalah putera raja dari Jerman berusia 26 tahun Prince Albert von Thurn und Taxis yang memiliki kekayaan bernilai AS$2.1 bilion (RM6.7 bilion).

Beliau telah dimasukkan dalam senarai orang terkaya sejak berusia lapan tahun namun hanya benar-benar mewarisi kekayaan ketika berusia 18 tahun.

Selain itu pewaris diraja Abu Dhabi turut membuat penampilan dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$4.9 bilion (RM15.6 bilion). Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahayan, 39, membuat kejutan utama apabila membeli kelab bolasepak Manchester City dua tahun lepas sebelum membeli pemain-pemain terbaik dunia pada peruntukan lebih AS$ 1 bilion.

Dalam majalah Forbes baru-baru ini ada menyenaraikan 400 orang terkaya di Amerika Syarikat (AS). Seperti biasa bekas manusia terkaya dunia Bill Gates yang juga pemilik Microsoft mendahului senarai dengan himpunan kekayaan AS$54 bilion (RM172.8 bilion).

Tempat kedua juga seperti biasa menjadi milik Warren Buffett melalui Berkshire Hathaway Inc. dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$45 bilion (RM144 bilion).

Berdasarkan senarai terbaru orang terkaya di AS, lapan dari mereka adalah orang muda yang berusia di bawah 40 tahun.

Menarik untuk diperkatakan lima dari mereka yang muda dan kaya di AS terlibat dalam perniagaan berkaitan dengan Internet.

Pastinya yang paling menarik perhatian ialah pengasas bersama dan pemilik facebook, Mark Zuckerberg. Beliau juga merupakan bilionair termuda dalam senarai bersama dengan Dustin Moskovitz.

Kedua-dua mereka baru berusia 26 tahun namun jumlah kekayaan Zuckerburg adalah AS$6.9 bilion (RM22 bilion) dan Moskowitz bernilai AS$1.4 bilion (RM4.4 bilion).

Seorang lagi pengasas bersama facebook Eduardo Saverinz turut tersenarai antara bilionair termuda dengan harta berjumlah AS$1.15 bilion (RM3.6 bilion).

Mungkin ada yang bertanya kenapa jumlah kekayaan mereka tidak sama. Ini berlaku akibat dari pegangan saham yang berbeza antara mereka bertiga iaitu Zuckerberg memegang saham dalam facebook bernilai 24 peratus, Moskowitz dengan pegangan enam peratus dan dan Saverinz pula bernilai lima peratus.

Seorang lagi pengasas bersama facebook adalah Chris Hughes. Namun keempat-empat bekas kawan baik ini tidak lagi bersama di dalam syarikat facebook kecuali Zuckerburg. Kisah mengenai kejayaan facebook ini merupakan satu mimpi yang menjadi realiti indah kepada empat sekawan ini.

Facebook mula diperkenalkan dari bilik asrama Zuckerberg ketika menuntut di Universiti Harvard pada empat Februari 2004.

Pada asalnya facebook adalah untuk kegunaan sesama pelajar di universiti berkenaan. Namun kemudian beliau bersama Moskovitz mula menyebar penggunaan facebook ke universiti dan kolej-kolej lain seperti Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown dan Yale.

Mengambil keputusan tidak menamatkan pengajiannya, Zuckerberg kemudian berpindah ke Palo Alto di California bersama Moskovitz dan beberapa rakan yang lain untuk menyewa sebuah rumah kecil untuk dijadikan pejabat.

Beliau kemudiannya berjumpa dengan Peter Thiel yang membuat pelaburan yang besar dalam syarikat berkenaan.
Pada Julai lepas Zuckerberg membuat pengumuman bahawa pengguna facebook kini telah mencecah 500 juta orang satu kejayaan besar yang turut membantu beliau disenaraikan sebagai bilionair termuda di dunia.

Lumayan


Selain itu bilionair dari Silikon Valley lain yang membuat keuntungan lumayan melalui Internet adalah pengasas dan pemilik Google iaitu Sergey Brin dan Lawrence Page.

Syarikat ini yang bermula sejak tahun 2006 sebagai kajian projek oleh Brin dan Page ketika melanjutkan pengajian di peringkat Phd di Universiti Stanford.

Namun kini ia merupakan sebuah syarikat yang sangat menguntungkan dengan aset dan tunai keseluruhan mencecah AS$80 bilion (RM256 bilion) dan jumlah pekerja sebanyak 21,805 orang.

Sergey Brin dan Larry Page kini mempunyai kekayaan bernilai AS$15 bilion (RM48 bilion) setiap seorang pada usia hanya 37 tahun.

Bagi kategori wanita muda paling kaya pula senarainya tidaklah seramai lelaki namun menunjukkan peningkatan kepada lapan berbanding dua pada 2008.

Namun kebanyakan mereka ini mewarisi kekayaan dari keluarga dan bukannya melalui hasil titik peluh sendiri.

Contoh terbaik adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri. Hind Hariri yang kini berusia 26 tahun mempunyai harta yang diwarisi bernilai AS$1.2 bilion (RM3.8 bilion). Pada tahun lepas beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan Anas Karout.

Selain itu tiga adik beradik bilionair media dari Turki, Aydin Dogan dan isterinya Sema Isil Dogan tersenarai antara wanita muda paling kaya di dunia.

Ketiga-tiga mereka Vuslat Dogan Sabanci, 39, Hanzade Dogan Boyner, 38, dan Begumhan Dogan Faralyali, 33, walaupun dilahirkan dalam dulang emas namun mereka berjaya membuktikan kejayaan adalah hasil dari pendidikan dan kebolehan serta dibantu dengan kekayaan keluarga.

Namun bagi wanita muda yang berjaya menjadi bilionair dengan usaha sendiri, sememangnya pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan menjadi rencah kejayaan mereka sekarang.

Salah seorang ialah Chu Lam Yiu dari Hong Kong yang mencipta kekayaan melalui perniagaan bahan-bahan pewangi dan perisa untuk bahan pencuci, minuman, produk tenusu, kosmetik dan juga rokok.

Beliau yang berusia 39 tahun masih mengetuai perniagaan yang ditubuhkan sejak 12 tahun lepas dan kini mempunyai kekayaan bernilai AS$2.1 bilion (RM6.7 bilion).

Seorang lagi contoh wanita muda yang menjadi kaya hasil dari usaha sendiri adalah Taysha Smith-Valez yang menjadi kaya hasil dari pelbagai cabang perniagaan dalam bidang kecantikan.

Valez yang baru berusia 28 tahun juga mempunyai gedung membeli belah sendiri yang dikenali sebagai H.Couture Beauty.

Selain itu beliau juga memiliki beberapa konglomerat iaitu TSV-HBGgroup Inc, TrimyTAY - Telecom Inc.(IBC), dan TAY-SHA S. Valez de Ames Ltd.

Beliau pernah menerbitkan sebuah buku bertajuk Young Black Millionairess: How to Start a Million Dollar Business, yang diterbitkan pada 2005 selain sebuah majalah paling mahal di dunia iaitu Trillionairess Weekly yang berharga AS$129 senaskah.

Majalah berkenaan yang dikeluarkan dua minggu sekali hanya fokus kepada percutian mewah dan disasarkan kepada orang kaya dan ternama.

Namun tidak banyak maklumat yang diketahui tentang Valez malah jumlah kekayaan juga tidak diketahui kerana beliau lebih senang tidak terlalu menonjol kepada umum.

__________________________________________________________________________

Ulasan :

assalamualaikum ...

Kalau boleh jangan menonjolkan sangat cerita berkaitan kekayaan dan kemewahan kerana ia akan bagi kesan buruk kepada masyarakat yang bijak, bekerja keras siang dan malam, berhempas pulas, ikhlas kerana Allah, tetapi telah ditetapkan menjadi miskin atau pendapatan cukup makan sahaja.

Bukannya masyarakat tidak boleh menjadi kaya tetapi rezeki mereka setakat itu sahaja.

Takut-takut nanti kerana banyak sangat cerita tentang fesyen, kekayaan dan kemewahan akan melunturkan iman seseorang dan menyebabkan gejala kurang sihat di masa akan datang seperti mencuri, hasad dengki dan sebagainya.

Orang yang sebenar-benarnya kaya ialah orang yang paling banyak menderma dan bersedekah.

Cubalah cari dalam semua agama bahawa seseorang yang banyak bersedekah akan disukai oleh tuhan.

Bermulanya perang saudara antara PAS dan UMNO

assalamualaikum ...

Setelah YB Che Hashim Adun Galas meninggal dunia baru-baru ini (arkib 28/09/2010), maka bermulalah perang saudara antara PAS dan UMNO.

Bagi mereka yang berjiwa halus akan memandang bahawa peperangan ini adalah peperangan kalah mati yang akan memberikan kesan buruk kepada akhlak melayu di masa akan datang.

Pilihanraya dan politik melayu dan di Malaysia kita sebenarnya jika dipandang dengan teliti akan lebih menimbulkan bibit pendengkian daripada pemuafakatan, permusuhan daripada persaudaraan, pembongkaran daripada husnuz zan, penipuan daripada kebenaran dan macam-macam lagilah.

Setiap kali tiba musim pilihanraya, cubalah belek-belek Utusan Malaysia, Harakah, Metro, Berita Harian dan apa-apalah lagi yang mana boleh dikatakan banyak sekali bercanggah dengan nilai-nilai murni yang diterapkan di sekolah rendah dan menengah.

Di sekolah kita diajar berbaik sangka, tolong menolong, bermatlamat cemerlang untuk agama, bangsa dan negara tetapi apabila masuk sahaja alam Universiti dan alam pekerjaan maka nilai-nilai murni itu telah dilupakan tetapi telah disuburkan akhlak-akhlak mazmumah.

Adakah akhlak mahmudah menjadi sunat diamalkan ketika di sekolah manakala ketika sudah habis sekolah maka akhlak-akhlak mazmumah pula menjadi sunat diamalkan.

Budaya di Malaysia semakin hari semakin menular gejala sunat melakukan maksiat, seperti maksiat mengumpat, syak buruk, tidak tolong menolong, dengki, sombong, perpecahan sesama sendiri dan sebagainya.

Sunat melakukan maksiat ini akan nampak jelas ketika pilihanraya kecil dan umum.

Politik di Malaysia tidak mengajak ke arah kebaikan tetapi lebih kepada kerosakan.

Politik pemerintah mempertahankan pemerintahannya dengan apa cara sekalipun manakala politik pembangkang akan membangkang dengan apa cara sekalipun.

Samada PAS atau UMNO sama sahaja.

Kedua-duanya melakukan cara kotor dalam politik mereka.

PAS jangan marah kerana PAS tidak melambangkan politik Islam yang sebenar.

Jangan marahkan blogger wahai PAS atau UMNO tetapi kajilah segala perkara dengan kaedah-kaedah ilmu yang berkualiti dan bukannya pakai main hentam sahaja.

Kita kan ada kaedah-kaedah ilmu maka gunalah kaedah-kaedah itu wahai PAS dan UMNO.

ADUN Galas meninggal dunia

ARKIB : 28/09/2010

ADUN Galas meninggal dunia

KOTA BHARU 27 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Chek Hashim Sulaima, 46, yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang ini.


Pegawai Khasnya, Tuan Hassan Tuan Sulaiman berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak lima hari lalu selepas mengikuti rawatan tradisional sejak 14 September lalu di sekitar Kuala Lumpur.

"Chek Hashim telah dibawa ke Kuala Lumpur pada hari raya kelima lalu, bagaimanapun keadaannya bertambah kritikal sebelum meninggal dunia hari ini.

"Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum dibawa pulang ke Kampung Kerinting, Galas, Gua Musang untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Allahyarham Chek Hashim meninggalkan dua isteri iaitu Che Bongsu Junuh dan Aida Zakaria, 49, serta 12 anak berusia antara enam bulan hingga 19 tahun.

Chek Hashim disahkan menghidap penyakit barah paru-paru sejak Mei tahun lalu pernah menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Allahyarham pernah cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 36 Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada 21 Mac 2008.

Turut cedera parah dalam kemalangan tersebut ialah isterinya, Aida Zakaria dan anaknya, Amasha, 2 tahun.

Chek Hashim menjadi ADUN Galas pada Pilihan Raya Umum 2008 selepas menewaskan penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Allahyarham tewas kepada Mohamad Saufi dengan majoriti 1,729 undi.

Anak kelahiran Kuala Betis, Gua Musang itu mula menceburkan diri dalam bidang politik sejak di bangku sekolah apabila menjadi pemimpin pelajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Tarbiah Mardziah, Panchor, Pengkalan Chepa.
Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang agama ke Pakistan dan Afghanistan sebelum pulang dan menyertai Pas.
Chek Hashim juga pernah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri dan kini memegang jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika ditemui selepas selesai melaksanakan solat jenazah di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan berharap mereka reda dengan ketentuan tersebut.

Sementara itu, Isteri pertamanya, Che Bongsu, 49, pula berkata, Allahyarham sempat menyampaikan pesanan kepadanya agar menjaga anak-anak dengan baik.

Sampai bila kecemerlangan berdasarkan kuantiti dan bukannya kualiti

Pemuda UMNO pastikan lebih 1,000 ahli balik mengundi

Pemuda UMNO pastikan lebih 1,000 ahli balik mengundi

03/10/2010 8:10pm

PARIT 3 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan lebih 1,000 anggotanya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu nanti.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Hisamudin Yahya berkata, sekiranya semua anggotanya yang berada di luar Galas terutama di ibu negara dapat pulang mengundi, peluang calon Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya kecil itu cerah.

"Pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi DUN Galas dimenangi calon Pas dengan majoriti undi sebanyak 646 undi sahaja.

"Mereka (Pas) hanya menang dengan jumlah undi yang cukup kecil sahaja dan sekiranya kita mampu memastikan kepulangan pengundi luar khasnya di kalangan Pemuda, pasti kerusi DUN Galas akan dapat dirampas kembali,” katanya kepada pemberita selepas program ziarah Pemuda UMNO bersama-sama penghuni Rumah Amal Nur Kasih Bestari di Bota Kanan di sini hari ini.

Beliau berkata, Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang telah diminta menyerahkan senarai nama anggota Pemuda yang berada di luar Galas terutama ibu negara untuk dikesan dan dihubungi oleh pihak biro. – Bernama

Kajian asal usul dan penyakit manusia

Kajian asal usul dan penyakit manusia







DR. Zilfalil Alwi dan kumpulannya mahu menjadikan projek kajian mereka memberi manfaat yang besar kepada rakyat.






PADA 1991 hingga 2003, saintis telah berjaya menyempurnakan Projek Genom Manusia (HGP) dan antara dapatannya ialah setiap individu normal mempunyai 25,000 gen.
Susulan daripada itu, banyak penyelidikan lanjutan berkaitan pemetaan genetik dijalankan di seluruh dunia.
Antaranya, satu penyelidikan yang dijalankan satu gabungan kerjasama penyelidikan menerusi Konsortium Saintifik Memetakan Spektrum Kepelbagaian Genetik di Asia dan Menyelusuri Genetik Orang Asia.
Kajian tersebut mendapati bahawa manusia mula bermigrasi dari benua Afrika ke arah Timur dengan menyusuri persisiran pantai Lautan Hindi ke Asia Tenggara sebelum berkembang ke Utara dan Selatan.
Berdasarkan laporan sebelum ini, kajian berkenaan dijalankan di China, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand manakala Amerika Syarikat (AS) turut bekerjasama dengan membekalkan teknologi baru untuk kajian tersebut.
Lebih daripada 90 saintis menjalankan kajian berkenaan ke atas 73 kumpulan etnik melibatkan kira-kira 2,000 sampel dari Asia Tenggara dan Asia Timur.
Sebenarnya kajian pemetaan genetik itu penting bukan sahaja melibatkan pencarian asal usul atau migrasi manusia tetapi boleh merungkai kecenderungan penyakit yang dihadapi oleh seseorang.
Penyelidikan seumpamanya kini mula dilaksanakan dengan mengambil konteks Semenanjung Tanah Melayu sebagai pintu masuk penghijrahan manusia dari benua Afrika ke benua Asia yang mungkin berlaku antara 30,000 dan 40,000 tahun dulu.
Ia dilaksanakan di bawah Projek Variasi Genom Manusia 1Malaysia yang melibatkan kerjasama antarabangsa pelbagai institut dan disiplin.
Malaysia mempunyai penduduk daripada pelbagai kumpulan etnik, dengan majoriti 50.4 peratus daripadanya kaum Melayu dan 11 peratus daripada kaum Bumiputra manakala yang lain Cina dan India.
Kumpulan etnik tersebut sebenarnya satu takungan genetik yang besar dan mewakili satu kumpulan etnik utama di benua Asia dan menawarkan potensi yang luas untuk projek pemetaan genetik.
Menurut Ketua Projek yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Madya Dr. Zilfalil Alwi, pihaknya menerajui penyelidikan tersebut yang mempunyai beberapa tujuan tetapi matlamat akhirnya ialah menghasilkan pangkalan data genetik semua suku kaum di negara ini.
''Cadangan untuk memetakan seluruh genom kumpulan-kumpulan etnik tersebut akan memberikan peta genetik yang mampu memberi maklumat tentang sejarah penghijrahan penduduk dan mendedahkan tahap profil genetik di antara pelbagai populasi," katanya.
Beliau yang juga pakar genetik perubatan dan kanak-kanak USM berkata, setiap individu mempunyai variasi genomik yang boleh mempengaruhi kecenderungannya terhadap sesuatu penyakit tertentu.
Variasi genom dalam jujukan DNA boleh mempengaruhi kecenderungan penyakit dan tindak balas individu terhadap ubat-ubatan, jangkitan dan vaksin.
Beliau berkata, salah satu daripada variasi mutasi genomik tersebut ialah single nucleotide polymorphism atau SNP.
SNP berlaku apabila terdapat satu nukleotid dalam DNA manusia (A C, T atau G) yang berbeza antara individu-individu dan berlaku pada sekurang-kurangnya satu peratus daripada penduduk.
Dalam penyelidikan mengenai bioperubatan, adalah penting mengenalpasti variasi-variasi genomik berkenaan akan membolehkan penyelidik menjalankan kajian perbandingan antara kumpulan berpadanan yang berpenyakit atau sebaliknya.
Penemuan variasi-variasi tersebut akan memberi pengertian baru yang penting tentang patogenesis, diagnosis dan rawatan penyakit manusia dan terhadap pembangunan perubatan peribadi.
Sebarang variasi dalam DNA seperti SNP boleh menyebabkan berlakunya penyakit termasuk yang diwarisi atau kerana faktor-faktor persekitaran seperti pendedahan kepada radiasi bahan kimia dan sebagainya.
Oleh itu, SNP boleh dijadikan petunjuk bagi menentukan perubahan penyakit dalam badan manusia dan kerana itu ramalan penyakit yang bakal dihadapinya boleh ditentukan.
Kajian tersebut menarik bukan sahaja kerana ia melibatkan teknologi baru yang kini semakin meluas tetapi berupaya untuk menjimatkan masa dan kos menjalankan kajian tersebut.
Ini kerana katanya, teknik menganalis DNA untuk tujuan pemetaan seluruh genom kini dapat dilaksanakan dan pelbagai platfom yang menghasilkan keputusan terbaik, dapat diperoleh.
Sebagai contoh, analisis yang dijalankan menggunakan Affymetrix Genome-Wide Human SNP Array 6.0 yang baru yang boleh menentukan profail SNP (genotip) sesuatu sampel dengan kerana teknologi ini memboleh penggunaan lebih dari sejuta SNP serentak.
Peralatan tersebut mempamerkan 1.8 juta penanda genetik termasuk lebih daripada 906,600 SNP dan lebih daripada 946,000 penguji untuk mengenalpasti variasi nombor salinan (CNV).
Jika sebelum ini, penggunaan Tindak Balas Berangkai Polimerase (PCR) popular tetapi ia hanya mampu menghasilkan satu penanda genetik (SNP) pada setiap eksperimen berbanding penggunaan peralatan baru tersebut.
Sementara itu, dalam kajian awal beliau dan kumpulannya , pengambilan sampel darah telah pun dimulakan iaitu melibatkan lapan subetnik Melayu di negara ini.
Kumpulan etnik terbabit ialah Melayu Kelantan, Jawa, Bugis, Minang, Kedah, Pattani, Campa dan Banjar.
''Dalam satu kajian awal ke atas lapan subetnik Melayu ini yang telah menghasilkan keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
Kajian tersebut dilaksanakan dengan membandingkan profil DNA antara sampel-sampel pelbagai daripada subetnik Melayu berkenaan.
Beliau berkata, kajian tersebut melibatkan pengambilan lebih daripada 200 sampel di seluruh negara dan projek keseluruhan akan siap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2010-2016).
Dalam pada itu, satu simposium mengenai Projek Variome Manusia akan diadakan pada 9 September ini di Fakulti Perubatan UPM yang mengundang Presiden Persatuan Variasi Genom Manusia, Prof. Richard Cotton.

Penyelidik FRIM menang anugerah

Penyelidik FRIM menang anugerah

Tnah Lee Hong mengharumkan nama negara dan FRIM apabila menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dalam bidang Sains Perhutanan dari IUFRO baru-baru ini.


DUA penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengharumkan nama negara selepas diumumkan memenangi anugerah saintifik peringkat antarabangsa baru-baru ini.
Kedua-duanya, Dr. Nor Azah Mohammad Ali dan Tnah Lee Hongtelah menerima anugerah saintifik pada Kongres Sedunia, Kesatuan Antarabangsa Pertubuhan Penyelidikan Perhutanan ( IUFRO) ke-23 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan.
Dr. Nor Azah, pemenang Anugerah Saintis FRIM tahun lalu, merupakan seorang daripada 11 saintis dari seluruh dunia yang dipilih untuk menerima Anugerah Pencapaian Saintifik itu bulan lalu.
Sementara, Lee Hong yang bertugas di Makmal Genetik di Bahagian Bioteknologi FRIM pula menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dalam bidang Sains Perhutanan.
Beliau adalah salah seorang daripada tiga penerima dalam kategori tersebut.
Dr. Nor Azah, 47, mempunyai pengalaman 23 tahun dalam penyelidikan sebatian kimia semulajadi terutamanya bidang minyak pati yang berkaitan dengan perhutanan, pertanian dan industri herba.
Sebagai Ketua Program Pembangunan Produk Herba FRIM, beliau mengetuai sekumpulan penyelidik multi-disiplin yang aktif dalam penyelidikan minyak pati, herba dan pembangunan produk kosmeseutikal di FRIM.
Skop penyelidikan mereka termasuk teknologi ekstrak minyak pati, penilaian deria hidu, pemprofilan kimia, bioaktiviti dan formulasi produk.
Beliau telah mendaftar tiga pendedahan reka cipta dan memenangi 12 anugerah reka cipta.
Beberapa hasil penyelidikan beliau telah dikomersialkan oleh industri herba tempatan. Selain pembangunan produk, beliau juga terlibat dalam penyelidikan gaharu.
Dr. Nor Azah memperoleh ijazah daripada University of Waterloo, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau mula berkhidmat di FRIM sebagai Penolong Pegawai Penyelidik pada tahun 1987 dan dilantik sebagai Pegawai Penyelidik Kanan pada tahun 2003.
Lee Hong, 29, menyertai FRIM sebagai pegawai penyelidik selepas menamatkan pengajian dalam Industri Biologi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Beliau juga telah mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Sumber Genetik dari Universiti Putra Malaysia.
Skop penyelidikan beliau merangkumi teknologi penanda molekular, forensik perhutanan, filogeografi dan genetik populasi tumbuhan.
Melalui tesis sarjananya, beliau telah menghasilkan pangkalan data pemprofilan DNA yang komprehensif ke atas chengal (Neobalanocarpus heimii ) untuk penyiasatan forensik perhutanan.
Penjanaan pangkalan data DNA itu merupakan kajian pertama dilaporkan dalam spesies pokok tropika. Kaedah itu dapat dijadikan model untuk penjanaan pangkalan data bagi spesies kayu balak lain yang penting di negara ini.
Dengan kewujudan pangkalan data itu, kapasiti Jabatan Perhutanan dalam menangani masalah pembalakan haram akan dipertingkatkan.
Ini secara tidak langsung akan memastikan pemuliharaan dan penggunaan sumber hutan secara lestari di Malaysia.
Sebelum ini, beberapa saintis FRIM juga telah diberi pengiktirafan saintifik oleh IUFRO.
Mereka termasuk Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod, yang menerima Anugerah Pencapaian Saintifik IUFRO pada tahun 1995; Dr. Lee Su See, Anugerah Pencapaian Saintifik (2000) dan Dr. Rahim Sudin, Anugerah Penyelidikan Doktoral Cemerlang (Outstanding Doctoral Research Award) juga pada tahun 2000.
IUFRO adalah satu rangkaian antarabangsa bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1892 untuk memupuk kerjasama global dalam penyelidikan berkaitan perhutanan dan meningkatkan persefahaman aspek ekologi, ekonomi dan sosial hutan.
Ia menyatukan lebih 15,000 saintis dari hampir 700 persatuan di lebih 110 negara yang menjadi ahlinya.
FRIM telah menjadi ahli IUFRO yang aktif sejak tahun 1978.
Ketua Pengarahnya yang pertama, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden IUFRO (1987-1990) dan Presiden IUFRO (1990-1995).
Pertubuhan itu memberi pelbagai pengiktirafan kepada mereka yang telah menyumbang kepada kemajuan sains serta mempromosi kerjasama antarabangsa dalam semua bidang yang berkaitan dengan perhutanan termasuk Anugerah Poster Terbaik dan Anugerah Tuan Rumah Kongres Sedunia IUFRO.

Elemen penting kajian variasi genom

Elemen penting kajian variasi genom

DALAM bidng penyelidikan khusunya perubatan , amat penting bagi penyelidik menjalankan kajian perbandingan antara kumpulan berpadanan yang berpenyakit atau sebaliknya. Penemuan variasi-variasi genom tersebut memberi petunjuk kecenderungan penyakit yang akan dialami manusia dan seterusnya mencari jalan terbaik untuk merawatnya. Malah, usaha sedang dilakukan oleh saintis tempatan bagi mencari hubung kait antara saiz badan, genetik dan apakah potensi penyakit yang bakal dihidapi mereka.
Sebab itu ,satu daripada sub Projek Variasi Genom Manusia 1Malaysia iaitu MySize penting dalam mencari kemungkinan saiz badan boleh dikaitkan dengan kesihatan manusia. MySize diwujudkan untuk menghasilkan pangkalan data nasional yang mengandungi data digital (data antropometrik) tentang saiz dan bentuk badan subjek Malaysia.
Menurut ketua projek, Prof. Madya Dr. Amir Feisal Merican dari Universiti Malaya (UM), projek berkenaan berguna untuk semua jenis organisasi untuk pelbagai aplikasi.
Antaranya termasuklah universiti, hospital, jabatan statistik kesihatan, tentera, syarikat pakaian, pengeluar perabot, pengeluar kenderaan.
''Menerusi projek ini, kita akan merakam imej badan manusia dalam bentuk tiga dimensi untuk disimpan dalam pangkalan data. Data-data ini antara lain berguna untuk mencari saiz badan yang sesuai dalam pembuatan kereta," katanya.
Selain itu, daripada data yang dikutip, rakyat Malaysia boleh memanfaatkannya untuk membeli pakaian secara on line. Ini bermakna mereka tidak lagi perlu ke kedai pakaian atau kompleks beli belah.
Beliau berkata, projek seumpama itu telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Thailand dan Amerika Syarikat.
Tujuannya ialah untuk mencari perkaitan , sama ada perbezaan genetik dengan apa yang ada di luar badan manusia.
Katanya, sebanyak 11,000 sampel akan diambil daripada pelbagai kaum dan kawasan geografi di seluruh negara untuk kegunaan kesihatan dan industri pada masa akan datang.

Senyum Kambing 04/10/2010

Senyum Kambing 04/10/2010

Intisari Rancangan tv9

Intisari Rancangan tv9

Isnin 4 Oktober 2010
7.00 Tanyalah Ustaz
8.00 Finley The Fire Engine
8.30 Barney & Friends
9.00 Keluarga Di 9
10.00 Akademi Al-Quran
11.00 Primata Cantik
12.00 Berita TV9
12.30 Merah Puteh
1.30 Surat Daripada Amin
2.29 Adik Di 9
2.30 Nick Di 9 (Wonderpets)
2.59 Adik Di 9
3.00 Nick Di 9 (El Tigre)
3.30 Nick Di 9 (Danny Phantom)
3.59 Adik Di 9
4.00 Nick Di 9 (Kappa Mickey)
4.30 Nick Di 9 (Catdog)
5.00 Nick Di 9 (Spongebob Squarepants)
5.30 Mutiara Hati (Cinta Dan Anugerah)
6.30 Kelas Fardhu Ain
6.58 Chopp!!
7.00 Scooby Doo
7.30 Istana Takeshi
8.00 Berita TV9
8.40 Lagenda (Siti Kelembai)
9.28 Chopp!!
9.30 Ratu (Mahabbah De Laila)
10.30 Emergency
11.00 Petronas AAM Cup Prix Championship
11.30 Ayahku Kahwin Lagi
12.00 Tanyalah Ustaz
1.00 Tamat Siaran

Intisari Rancangan 8TV

Intisari Rancangan 8TV

Isnin 4 Oktober 2010
7.00 Hot FM AM Krew On 8TV
10.00 Jukebox
10.30 Love In The Vineyard
12.30 8TV Mid Day Mandarin News
1.00 Gourmet
2.00 Super Idol
3.00 On Air
4.00 Feng Shu's Cooking Class
4.30 8 E-News
5.00 The Partner
6.00 My Family, My Love
6.57 8 E-News Primetime Highlights
7.00 Best OF TVB (Moonlight Resonance)
7.57 8 E-News Primetime Highlights
8.00 Mandarin News
8.30 Best Of The East (Pilgrimage To The West)
9.30 The 8TV Quickie
9.31 Flash Forward
10.30 Gossip Girl 3 (Dr. Strangeloved)
11.30 The 8TV Quickie
11.45 The Incredible Hulk
12.45 8TV Nite Live
2.00 Tamat Siaran

Intisari Rancangan astro Ria

Intisari Rancangan astro Ria

Isnin 4 Oktober 2010
6.00 HGTV
7.00 Klip Klip
7.30 Tangkap Muat
8.00 Deko Bersama Eric
8.30 Fesyenista Manja Baby Kiko
9.00 Era TV
9.30 Klip Klip
10.00 Cinta Kirana
11.00 AC Disini
12.00 Macam Macam Aznil
1.00 Cinta Kirana
2.00 Jangan Lupa Lirik
3.00 Senario The Movie
5.30 Dottie
6.30 Cinta Kirana
7.30 Tangkap Muat
8.00 Macam Macam Aznil
9.00 Jangan Lupa Lirik
10.00 Dottie (Episod 11)
11.00 Cinta Kirana
12.00 Hantu Raya
2.00 KL Menjerit
2.30 Nek Nak
3.00 Awie Records
4.00 Gila Bola

Intisari Rancangan ntv7

Intisari Rancangan ntv7

Isnin 4 Oktober 2010
7.00 Music Videos
7.30 Kids@fgw (Hi-5)
8.00 Kids@fgw (Yo Gabba Gabba)
8.30 The Breakfast Show 2010
10.00 Dress My Nest
10.30 Rachael Ray 3
11.30 Mis Tres Hermanas
12.30 Kids@fgw (Supernormal)
1.00 Edisi 7
1.30 A Life Of Hope
2.30 Hong Kong Drama Series (Thank You Grandpa)
3.30 Mandarin Express @ 3.30 PM
3.33 Hokkien Drama (Women Of Steel)
4.30 Mandarin Express @ 4.30 PM
4.32 Hokkien Drama (I Should Success)
5.30 Mandarin 7
6.00 My School Daze
7.00 Edisi 7
7.30 Dinner Impossible
8.00 7 Edition
8.30 The Mentalist
9.25 Score Tonight
9.30 Mandarin 7
10.00 Local Hong Drama (Injustice)
11.00 TVB Series (Forensic Heroes 2)
12.00 Mandarin 7 (Global Watch)
12.30 Six Dreams
1.30 Tamat Siaran

Intisari Rancangan TV3

Intisari Rancangan TV3

Isnin 4 Oktober 2010
6.00 Motivasi Pagi
6.30 Malaysia Hari Ini
7.00 Buletin Pagi
7.15 Sambungan Malaysia Hari Ini
9.00 Berita Terkini
9.05 Magical World Of Disney (Return To Halloweentown)
9.30 TV3 Kids News
9.32 Sambungan Magical World Of Disney
10.00 Berita Terkini
10.02 Sambungan Magical World Of Disney
11.00 Bizworld
11.02 Senda Pagi (Ewah Ewah)
12.00 Berita Terkini
12.02 Wanita Hari Ini
1.00 Dramasuria (Kala Hati - Episod 21)
1.30 Buletin 1:30
2.00 Sinetron (Alisa)
3.00 Telenovela (Stairway To Heaven)
4.00 Berita Terkini
4.02 Koleksi Komedi (Puteri)
4.30 Lagenda (Siti Kelembai - Episod 9)
5.30 Bizworld
5.35 Am-Max
6.00 Konsert Jom Heboh Bukit Jalil
6.30 Akasia (Chinta - Episod 5)
7.30 TV3 Kids (Kiteretsu)
8.00 Buletin Utama
9.00 Aksi (Arjuna - Episod 18)
10.00 Pearl Screen (Once Upon A Time In China)
12.00 Nightline
12.30 Scoreboard
1.30 Upik, Abu & Laura
2.30 Manjalara
3.30 Jalan-Jalan Cari Makan
4.00 Rozanna
4.30 Wanita Hari Ini
5.30 Kisah Benar