Monday, October 04, 2010

6 mati, 12 cedera gas bocor dalam lombong di China

6 mati, 12 cedera gas bocor dalam lombong di China

04/10/2010 3:00am

BEIJING 4 Okt. – Enam orang terbunuh dan 12 cedera dalam kejadian gas bocor di sebuah lombong akibat kebocoran gas di sebuah lombong arang batu di barat laut China, lapor media negara itu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, kejadian itu berlaku pada hari ketika Pentadbiran Keselamatan Pekerja Negara mengumumkan kempen pemeriksaan baru bagi mengelak kemalangan maut ke seluruh negara.
Kebocoran gas di lombong luat bandar raya Zunyi dalam wilayah Guizhou itu berlaku kira-kira pukul 1.20 pagi semalam, waktu tempatan, kata Xinhua.
Laporan itu berkata, semasa kejadian terdapat seramai 35 orang sedang bekerja dalam lombong.
Seorang mati bawah tanah, 22 berjaya lari menyelamatkan diri dan 12 terpaksa diselamatkan, namun lima daripada mereka mati di hospital.
Polis akan siasat mengenai punca kejadian dengan menambah, tiada maklumat lanjut mengenai kebocoran gas. - AFP