Sunday, April 03, 2011

Rahim gesa tubuh suruhanjaya diraja

Rahim gesa tubuh suruhanjaya diraja

KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengulangi gesaan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat individu dalam video aksi seks setelah polis mengesahkan rakaman itu tulen.

Menurutnya, penubuhan suruhanjaya itu bagi memelihara kepentingan rakyat dan negara kerana ia melibatkan dakwaan pembabitan seorang pemimpin pembangkang.

"Kebenaran tidak harus disembunyikan, jika tidak rakyat Malaysia pasti disogok dengan tokoh lemah, tidak Islamik, hipokrit dan bermoral rendah.

"Sekiranya tabiat seperti dirakam ini terlepas ke tangan musuh negara (dan dijadikan ugutan), pasti binasa keharmonian rakyat negara ini," katanya di sini hari ini