Pada Sabtu 10.00 malam ada cerita Saturday Nite Special : "Red Eye".
Cerita ini bermula hingga akhirnya penuh dengan debaran dan kejutan.
Biarkanlah ia kerana memang macam tu pun ceritanya.
Cuma saya nak ajak tuan puan sekalian samada yang melihat cerita ini atau tidak supaya mengambil pengajaran dari cerita ini.
Lisa, seorang wanita yang bekerja di sebuah hotel.
Lisa sedang terlewat kapalterbang kerana mahu meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya kemungkinan bercuti.
Lisa yang bukan secara kebetulan telah berjumpa seorang lelaki yang sebenarnya pembunuh upahan berprofil tinggi telah mengugut Lisa dalam perjalanan kapalterbang yang terlewat itu untuk menelefon pengurusan hotel tempat Lisa bekerja supaya menukarkan bilik hotel untuk VVIP dari bilik ini ke bilik 4080.
VVIP ini adalah sasaran pembunuh dan bilik yang sesuai ialah bilik 4080 itulah.
Jika Lisa tidak mahu bekerjasama maka ayah Lisa adalah taruhannya.
Sedih memang sedih. Tapi kesedihan itu tidak usah dibiarkan menguasai diri. Kalau diri berada di dalam situasi itu maka terimanya seadanya. BUKAN MENYERAH kepada takdir tetapi fikir, fikir, fikir untuk keluar dan akal manusia telah diprogramkan untuk terima apa sahaja fail yang akan di"download"kan.
Ada beribu-ribu gadget yang boleh dimuat-turunkan cuma bertenang dan tarik nafas.
Ketika cubaan melepaskan diri daripada penjenayah upahan itu, berlaku pergelutan. Akhirnya penjenayah itu sengaja melihat kepada bawah leher Lisa yang berparut dan dapat membuat kesimpulan sendiri.
Beberapa ketika sebelum kapalterbang mendarat, Lisa ceritakan kepada penjenayah itu sebab sebenarnya parut di bawah lehernya itu.
"Suatu hari seorang pencuri telah meletakkan sebilah pisau dileher saya ini seharian. Saya terlalu takut waktu itu. Saya berharap peritiwa itu tidak berulang lagi".
"Tapi sekarang saya telah mengalami peristiwa sama tetapi saya akan bersedia untuk menghadapinya pada kali ini".
Dengan tekad sekali Lisa terus membenamkan sebatang pen yang tercicir daripada salah seorang penumpang ke leher pembunuh upahan itu.
Inilah dia kemuncak cerita ini apabila dikaitkan dengan akidah serta qadha qadar.
Rupa-rupanya kejadian buruk yang berlaku ke atas kita sebelum ini sebenarnya ia adalah suatu pengalaman berguna yang terbekal dalam minda dan pemikiran untuk kita gunakan pada masa akan datang.
Jadi, anggaplah qadha qadar yang Allah tetapkan itu semuanya ada hikmah tersendiri yang kita akan terucapkan rasa syukur tidak terhingga kerana terbekalkan pengalaman lampau untuk digunakan pada masa akan datang.