Surah Az Zumar Ayat 1 :
تَنْزِيْلُ الْكِتَابِ
Bacaan Pada تنزيل
Dalam potongan ayat ini Allah Taala menyebut huruf lam pada perkataan تنزيل dengan baris dhammah. تنزيل jadi mubtada. تنزيل juga boleh menjadi khabar kepada perkataan sebelumnya هذا yang bermaksud ini (هذا تنزيل الكتاب).
Al Kisaiey dan Al Faraa mengatakan bahawa boleh juga dibaca huruf lam pada تنزيل dengan baris fathah. تنزيل ini menjadi maf’ulum bih. Berkata Al Kisaiey, sebab fathah kerana sebelum perkataan تنزيل ada perkataan اتبعوا dan اقرؤوا yang bermaksud hendaklah engkau ikut dan hendaklah engkau baca.
Berkata pula Al Faraa, sebab dibaca lam baris fathah kerana tujuan الإغراء yang bermaksud memberi semangat supaya sentiasalah melazimi dan mengikuti.
Berkata pula Al Faraa, sebab dibaca lam baris fathah kerana tujuan الإغراء yang bermaksud memberi semangat supaya sentiasalah melazimi dan mengikuti.
Manakah Yang Lebih Baik Dibaca, Baris Dhammah pada تنزيل atau Baris Fathah
Lebih sempurna dibaca huruf lam pada تنزيل dengan baris dhammah kerana تنزيل menjadi mubtada dan selepasnya menjadi khabar.
Tetapi kalau dibaca huruf lam pada تنزيل dengan baris fathah maka mesti niat sebelum تنزيل perkataan lain.
Kemudian selepas perkataan تنزيل datang pula perkataan الكتاب iaitu ma’rifah maka elok benarlah dibaca dengan huruf lam pada تنزيل dengan baris dhammah kerana ia berjiran dengan ma’rifah dan dhammah serasi dengan ma’rifah.
Apakah maksud الكتاب
Ada dua maksud:
- Al Quran.
- Surah Al Quran.
Kedua-dua makna ini benar belaka kerana Al Quran itu ialah kitab suci Al Quran manakala surah-surah Al Quran itu pula adalah bahagian atau bab yang terdapat di dalam Al Quran#.
مِنَ اللهِ
Dari Allah.
Terdahulu disebutkan lebih elok membaca huruf lam pada تنزيل dengan baris dhammah kerana selepasnya ma’rifah.
Maka sekarang dimaklumkan bahawa kekuatan baris dhammah pada تنزيل itu memberikan makna Al Quran itu diturunkan hanya dari Allah Taala sahaja dan tidak tergambar langsung Al Quran itu diturunkan dari yang selain daripada Allah.
Untuk menguatkan hujah Allah Taala lah yang menurunkan Al Quran maka Allah Taala berfirman dalam surah 192-195:
وَإِنَّهُ لَتَنزِيْلُ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ (192). نَزَلَ بِهِ الرُّوْحُ الأَمِيْنُ (193). عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُوْنَ مِنَ الْمُنذِرِيْنَ (194). بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ (195).
yang bermaksud: Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam (192). Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah (193). Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia) (194). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata (195).
Kemudian dalam Surah Fussilat Ayat 41-42 :
إِنَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا بِالذِّكْرِ لَمَّا جَاءَهُمْ وَإِنَّهُ لَكِتَابٌ عَزِيْزٌ (41). لَا يَأْتِيْهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيْلٌ مِنْ حَكِيْمٍ حَمِيْدٍ (42).
yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi (41). Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji (42).
الْعَزِيْزِ
Bagi mereka yang tidak mahu beriman kepada Al Quran maka Allah Taala sangat-sangat berkuasa mengazabkannya dan menyeksanya.
Tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan Allah Taala.
الْحَكِيْمِ
Allah Taala sangat-sangat bijaksana dalam urusan pentadbiranNYA.
Allah Taala tidak pernah melakukan sesuatu melainkan Allah Taala tahu apa yang Allah Taala lakukan.
Kalau Allah Taala memberikan rahmat dan nikmat kepada orang yang beriman kepada Al Quran maka Allah Taala bijaksana dalam pemberianNYA itu.
Kalau Allah Taala mengazabkan dan menyeksakan orang yang tidak beriman kepada Al Quran maka Allah Taala juga bijaksana dalam keputusanNYA itu.
Tidak timbul masalah Allah Taala zalim atau tidak bertimbang rasa.
Kalau orang buat baik maka Allah Taala akan balas baik.
Tetapi kalau orang buat jahat maka Allah Taala akan balas jahat.
Kalau orang mempersoalkan kewajaran tindakan Allah Taala itu maka ianya tidak berguna kerana ia hanyalah sia-sia sahaja.
Tidak ada sesiapa yang dapat berlawan dengan Allah samada di dunia dan di akhirat.
Lebih baik menurut sahaja peraturan Allah.