Sunday, April 03, 2011

Guna kabel dapat pangkat

Guna kabel dapat pangkat

NAMANYA tidak begitu hebat sehingga dikenali kerana daya kreativiti serta impak program kendaliannya di sebuah stesen televisyen terkenal. Payahlah kalau sebut nama, sebab Diva pun cuma dengar sepintas lalu sahaja.
Ini pasal seorang selebriti televisyen, disebabkan namanya meletup-letup dengan kisah peribadi, ada juga dikaitkan dengan skandal orang atasan stesen televisyen terbabit. Baru-baru ini, Diva dengar dia sudah dinaikkan pangkat, daripada jawatan yang tiada bonus kepada jawatan besar. Tahniah!
Tiba-tiba, Diva dapat maklumat yang lain, kononnya jawatan yang macam bulan jatuh ke riba itu rupa-rupanya dijolok tangan berkuasa. Tangan siapa, Diva tidak tahu, yang penting bukan tangan orang sembarangan.
Mulanya, Diva rasa ini mesti kes dengki dan sengaja buat gosip, tak puas hati. Tapi bila diselidik secara halus, memanglah semacam ada kereta kabel yang mempercepatkan kenaikan mendadak taraf jawatan selebriti berkenaan. Bukan apa, Diva cuma kasihan dengan nasib pekerja kreatif lain, yang bertahun-tahun putih mata tapi tak dapat apa-apa.
Diva: Naklah belajar cara jual diri daripada penjual diri terhebat!