Sunday, April 03, 2011

Malek Noor kian pulih

Malek Noor kian pulih

IPOH 2 April - Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor semakin pulih dan telah dipindahkan ke wad biasa hari ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, Malek yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai dekat sini akibat serangan jantung semakin pulih selepas menjalani pembedahan kecil.

"Saya gembira melihat keadaan Malek yang bertambah pulih dan sudah boleh bercakap. Saya berdoa dia cepat sembuh dan dapat bersama bekas atlet lain meneruskan kerja-kerja amalnya," katanya selepas melawat Malek di Hospital Pantai, di sini hari ini.

Zolkples berkata, bekas atlet bina badan negara itu akan terus dirawat dalam tempoh beberapa hari lagi.