Cari privasi, baru beli rumah
PERNAH satu ketika, tersebar cerita seorang aktor kacak lagi disukai ramai sedang mencari-cari rumah untuk dibeli di sebuah kawasan sibuk di ibu kota Kuala Lumpur.
Aktor itu kemudian melawat rumah idamannya bersama kekasih hati yang juga merupakan aktres sedang meningkat naik.
Kalau melihatkan kelibat pasangan ini, pasti ramai yang kecoh kerana mereka ini memang pasangan terkenal baik di kaca televisyen mahu pun di luar.
Tetapi baru-baru ini ada teman yang menyampaikan cerita.
"Va, pelakon tersebut tak jadi beli rumah di kawasan yang diidamkan. Kisahnya, sekuriti di kawasan tersebut menghebohkan yang pasangan tu pergi melawat kawasan. Jadi si aktor rasa kawasan yang mahu dibeli itu sah-sahlah kurang privasi kalau sekuriti pun kepoh."
Memang aspek keselamatan dan privasi menjadi aspek utama dalam pembelian rumah. Takut-takut nanti ada peminat yang serbu rumah. Kalau tak privasi, susah juga nak bawa kawan-kawan melepak dalam rumah, kan? Oppssss.
Diva: Durian runtuh! Stesen Hot FM menyediakan wang tunai berjumlah RM60,000 kepada pemanggil kelima yang dapat meneka lagu yang didendangkan khas oleh Wak AG. Cubalah nasib.