Sunday, April 03, 2011

Bank Rakyat tambah modal syer

Bank Rakyat tambah modal syer

KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia bulan lepas untuk menambah modal syernya sebanyak satu bilion lagi kepada tiga bilion.
“Keutamaan untuk melanggan syer-syer baru adalah kepada koperasi-koperasi dan juga ahli-ahli Bank Rakyat,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bank Rakyat di sini semalam.
Beliau menjangkakan perkara seperti pengagihan kepada yang berminat melanggan syer tersebut akan dapat diputuskan oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada Mei.