Sunday, April 03, 2011

Alahai bonus David!

Alahai bonus David!

MULA-MULA Diva buat tak tahu bila ada yang kata hero pujaan Diva, Shaheizy Sam berhajat nak tarik diri daripada terus menjadi artis naungan syarikat MIG milik David Teo. Takkanlah nak jadi kacang lupakan kulit pula Diva percaya Sam tak begitu kalau dia nak cari udara segar pun, rasanya bukan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, tidak mustahil satu hari nanti, Sam akan berhijrah daripada apa yang sedang dilaluinya ketika ini.
Bukan pasal Sam tapi ini pasal bonus-bonus yang ditaburkan oleh MIG kepada staf-staf dan pelakon-pelakon yang terlibat dengan filem box-office terbitan MIG. Diva tumpang bangga bila ramai yang dapat bonus, duit ribu-ribu, kereta mewah dan paling dahsyat bila ada pula yang dapat rumah berharga ratusan ribu!
Dalam duk kecoh pasal Sam nak keluar MIG, kisah bonus rumah MIG muncul semula. Ada juga yang kata, mana-mana yang dapat rumah atau kereta yang diberikan oleh David itu semuanya satu permainan. Mereka bukannya dapat kereta atau rumah 'sebijik-sebijik' depan mata tetapi ada harga tambahan yang harus dilangsaikan. Maknanya, tak boleh nak bersorak dengan rumah dan kereta yang dikatakan bonus itu, selebihnya, faham-fahamlah sendiri ya!
Diva cuma kagum dengan David, pandai ambil hati pekerja dan pelakon yang sama-sama berjuang dengannya, harap tagline, 'Bukan Janji Tapi Pasti' yang dilaung-laungkan itu benar-benar pasti bukan pasti untuk kutip box-office sahaja.
Diva: Dramatis Noorkhiriah Sapie selamat melahirkan putera keduanya pada pagi 11 Mac di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. Bayi seberat 2.85 kilogram itu lahir menerusi pembedahan. Tahniah!