Sunday, April 03, 2011

Calon BN Sarawak diumum hari ini

Calon BN Sarawak diumum hari ini

KUCHING - Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan diumumkan hari ini, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pengumuman itu akan dibuat pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di sini.
"Saya akan mengadakan mesyuarat pagi esok (hari ini). Pengumuman (calon) pada pukul 3 petang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat peringkat Kuching Utara di Petrajaya dekat sini semalam.
Kelmarin, Taib mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya dipercayai untuk menyerahkan senarai nama calon BN bagi pilihan raya negeri.
Pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada 16 April ini dengan penamaan calon pada 6 April melibatkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri.