KUALA LUMPUR – Rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang tidak akan ditayangkan di Parlimen, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Katanya, beliau tidak akan membenarkan Dewan Rakyat digunakan oleh mana-mana individu untuk kepentingan peribadi atau agenda politik.
“Pendapat saya ialah sewaktu mesyuarat, ahli-ahli Yang Berhormat adalah dilarang untuk menggunakan perkara-perkara yang dilarang oleh Peraturan Mesyuarat atau tuduhan-tuduhan yang tidak berasas,” kata beliau pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Terdahulu Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bertanyakan pendirian Pandikar mengenai cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam agar video seks itu ditayangkan di Parlimen memandangkan ahli-ahli Parlimen mempunyai imuniti daripada sebarang liabiliti jenayah.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cara terbaik untuk membuktikan kerajaan bukan dalang di sebalik rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang adalah melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berdasarkan usul di Dewan Rakyat.
“Semua pihak termasuk pembangkang boleh mengundi bagi menubuhkan suruhanjaya itu.