Wednesday, April 06, 2011

Juventus enggan lepas Buffon



LONDON - Juventus menasihati Arsenal supaya melupakan niat pasukan itu untuk mendapatkan khidmat penjaga gol, Gianluigi Buffon pada musim panas ini.
Pemain kebangsaan Itali berusia 33 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates selepas Arsene Wenger cuba menyelesaikan masalah di posisi penjaga gawang skuadnya.
Sebelum ini, Juve dilaporkan bersedia melepaskan penjaga gol veteran itu yang menerima gaji £125,000 (RM614,208) seminggu tetapi kini kelab gergasi Itali menegaskan pemain itu akan terus kekal di San Siro.
Pengarah sukan Juve, Giu- seppe Marotta berkata: "Kami amat bergantung kepada Buffon buat masa ini dan juga pada masa hadapan.
"Kami telah menjelaskan pendirian kami kepadanya dan juga ejennya. Kami tidak akan menjualnya kepada sesiapa."
Mengenai klausa yang ditetapkan dalam kontraknya ketika bersetuju untuk kekal di Juventus selepas kelab itu diturunkan ke Serie B pada 2006, tiada sebarang harga di letakkan ke atas Buffon.
Penjaga gol yang beraksi dalam skuad juara Piala Dunia 2006 dan telah membuat penampilan sebanyak 100 kali buat negaranya itu telah menjelaskan sebelum ini bahawa dia lebih sukan tinggal di London sekiranya dia mencuba angin baru dalam Liga Perdana England.
Minggu lepas, ejennya, Silvano Martina berkata: "Kekal di Juventus? Saya tidak tahu, kami perlu menilai semula beberapa perkara dengan kelab ini.
"Apa yang kami tahu ialah dia masih ada dua tahun lagi dalam kontraknya di sini."
Bulan lalu Arsenal menyenaraikan penjaga gol mereka, Jens Lehmann, 41, sebagai penjaga gol ketiga di belakang Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski.
Namun The Gunners memerlukan penjaga gol utama yang baru selepas kesilapan Manuel Almunia menyebabkan skuad Wenger kehilangan mata ketika menentang West Brom. - Agensi