Wednesday, April 06, 2011

MSN, KNSU jalin kerjasama



RAZALI (tengah) hadir bagi menyaksikan Zolkples (kiri) dan Presiden KSNU, Kim Jong Wook menandatangani MoU antara MSN dan KSNU di Bukit Jalil semalam.


DALAM usaha meningkatkan lagi kecemerlangan sukan pada masa hadapan, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sukan Kebangsaan Korea (KNSU).
Jalinan kerjasama itu meliputi cara pengendalian program sukan yang lebih sistematik dan menyeluruh serta gabungan latihan yang lebih saintifik dan praktikal meli- batkan Malaysia dan Korea Sela- tan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim menjelaskan, selain bertukar kepakaran dan latihan dalam beberapa acara sukan, program itu juga dilihat mampu meningkatkan lagi pengetahuan atlet dan pegawai dalam sains sukan serta penggunaan fasiliti yang ada.
“Satu program pengajian berkembar bertaraf ijazah sarjana muda sukan juga bakal diwujudkan di bawah kolaborasi yang dimeterai antara MSN dan KSNU,” kata Razali ketika menyaksikan majlis MoU antara MSN dan KSNU di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
“KNSU adalah satu-satunya universiti sukan di Korea Selatan dan mereka telah melahirkan ramai pemimpin sukan yang berkaliber, begitu juga dengan atlet serta jurualtih yang bertaraf dunia.
“Oleh itu rugilah kita jika tidak menggunakan kepakaran mereka dalam segi kajian sains sukan dan juga jurulatih serta fasiliti sukan mereka. Ini satu peluang yang baik bagi kita,” jelas beliau lagi.
Usahasama itu akan menyaksi- kan Malaysia mendapat faedah dari segi kepakaran kejurulatihan dan fasiliti sukan daripada KSNU dalam sukan lawan pedang dan taekwondo.
KSNU pula memerlukan kepakaran Malaysia dan MSN khusus- nya dalam sukan skuasy, badminton, sepak takraw dan hoki.
Razali menambah, di negara ini masih tidak ada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang khusus untuk bidang sukan sama seperti KSNU.
“Pembukaan mana-mana universiti bukan berada dalam bidang kuasa KBS (Kementerian Belia dan Sukan), sebaliknya ia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“Maka adalah lebih baik mewu- judkan pengajian seumpama ini untuk memberi pilihan baik kepada anak-anak muda yang ingin menceburi bidang sukan ini dan mendapat pengiktirafan daripada universiti sukan luar negara,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, MoU itu berjaya dilaksa- nakan kerana kedua-dua buah negara mempunyai kepentingan masing-masing dalam bidang sukan.
“Ketika musim sejuk, Korea telah menghantar atlet memanah dan hoki mereka menjalani latihan di sini.
“Mereka juga diberi peluang untuk menggunakan kemudahan sukan di sini untuk sesi latihan dalam masa sesingkat itu.
“Perjanjian MoU ini sememangnya mencetus satu situasi menang sama menang dengan tawaran pakej yang menarik antara dua buah negara. Rugi kalau kita lepaskan begitu saja,” jelasnya yang mengakui Malaysia mempunyai hubungan baik bersama Korea sejak lima tahun yang lalu.