Wednesday, April 06, 2011

Kaymer ketuai barisan bintang




KAYMER antara bintang dunia yang akan menghangatkan Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2011.


PEMAIN No. 1 dunia, Martin Kaymer mengetuai barisan bertaraf bintang pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2011 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara pada 14 hingga 17 April ini.
Juara kejohanan PGA tahun lalu itu akan disertai oleh juara bertahan Terbuka Britain, Louis Oosthuizen; juara Terbuka Amerika Syarikat 2005, Michael Campbell dan Todd Hamilton yang menjuarai Terbuka Britain 2004.
Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2011 itu yang menawarkan wang kemenangan berjumlah AS$2.5 juta (RM7.6 juta).
"Golf telah mula berkembang dengan mendadak di Malaysia. Jadi, sudah pasti menjadi satu kebanggaan apabila semua pemain bertaraf dunia datang beraksi di negara ini bagi membantu meningkatkan lagi imej dan reputasi sukan ini di Malaysia."
Demikian menurut Ketua Eksekutif Jelajah Eropah, George O'Grady semalam.
Bintang remaja Korea Selatan, Noh Seung-yul yang meme- nangi Order of Merit Jelajah Asia tahun lalu, bakal mengetuai cabaran pemain Asia yang lain pada Terbuka Malaysia yang memasuki edisi ke-50 itu nanti.
Selain Seung-yul, antara bari- san pemain pilihan Asia yang lain terdiri daripada Thongchai Jaidee dari Thailand dan juara Avantha Masters, S.S.P. Chowrasia (India).
Thongchai bakal memburu kemenangan ketiga Terbuka Malay- sia selepas berjaya melakukannya pada edisi 2004 dan 2005.
Dia menamatkan saingan di tempat kedua pada edisi 2006 di KLGCC yang akan menganjurkan kejohanan kali ini buat tahun kedua berturut-turut.
Thongchai, 41, yang mempunyai ramai peminat di Malaysia, pernah berkhidmat dengan Askar Diraja Thailand sebagai anggota payung terjun sebelum menjadi pemain golf profesional pada usia 30 tahun.
Sementara itu, Shiv Shankar Prasad Chowrasia atau lebih dikenali sebagai S.S.P. mencipta nama selepas persaraan rakan senegara yang juga idolanya, Jeev Milkha Singh, S.S.P.
Chowrasia dijulang sebagai wira oleh peminat di India apabila memenangi gelaran pertama India Masters pada 2008.
Pada Februari lalu, pemain berusia 32 tahun itu sekali lagi mencipta kejutan dengan menjuarai Avantha Masters.
Kemenangan pada kejohanan yang mendapat pengiktirafan Jelajah Asia, Jelajah Eropah dan Jelajah Golf Profesional India (PGTI) itu telah menamatkan kemarau tiga tahun tanpa gela- ran buat Chowrasia. - Agensi