Wednesday, April 06, 2011

USM menang hadiah utama video kreatif Adwave




AZHARI (empat dari kiri) bergambar bersama pemenang pertandingan video kreatif pada Adwave 2011 di George Town baru-baru ini.


KREATIF. Universiti Sains Malaysia (USM) menggondol dua hadiah pada pertandingan Video Kreatif Pelancongan Domestik sempena Pameran Pengiklanan Pemenang Anugerah 2011 (Adwave).
Video My cuti APPs yang dihasilkan oleh kumpulan Elite Production berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan komputer tablet Mi DroidPad sumbangan Spice CSL International.
Tempat kedua dimenangi Milky Way Production dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan videoMalaysian Simplicity dan ketiga diraih Husna Munawar dan Marshitah Jaapar dari USM dengan video bertajuk Acsess.Search.Explore.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Azhari Haron pada satu majlis di Queensbay Mall, George Town baru-baru ini.
Lebih 50 penyertaan diterima dari seluruh negara dan video diadili oleh ahli panel dari Persatuan Ejen Periklanan Bertauliah Malaysia (4As), Kementerian Pelancongan, Spice CSL dan pensyarah USM.