Wednesday, April 06, 2011

Red Bull tidak minat Hamilton



LONDON - Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner sekali lagi menyangkal khabar angin yang mengaitkan pasukan itu dengan Lewis Hamilton (gambar) untuk perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan.
Sebaliknya Horner menegaskan, langkah untuk menggandingkan pemandu McLaren itu dengan pemandunya, Sebastian Vet- tel dalam satu pasukan adalah sesuatu yang tidak wajar.
Ketika McLaren bergelut dengan prestasi pada sesi ujian musim sejuk lalu, situasi itu dikatakan mampu mendorong Hamilton mencari pasukan baharu pada masa depan.
Horner memberitahu bahawa seandainya Hamilton dan Vettel digandingkan bersama sebagai rakan sepasukan, ia akan mewujudkan situasi tegang di antara pemandu berkenaan, sama seperti yang terjadi kepada Hamil- ton dan Fernando Alonso di McLaren pada musim 2007.
"Amat sukar untuk melihat bagaimana kamu mampu memiliki dua pemandu berkaliber seperti Lewis dan Sebastian di bawa

LONDON - Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner sekali lagi menyangkal khabar angin yang mengaitkan pasukan itu dengan Lewis Hamilton (gambar) untuk perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan.
Sebaliknya Horner menegaskan, langkah untuk menggandingkan pemandu McLaren itu dengan pemandunya, Sebastian Vet- tel dalam satu pasukan adalah sesuatu yang tidak wajar.
Ketika McLaren bergelut dengan prestasi pada sesi ujian musim sejuk lalu, situasi itu dikatakan mampu mendorong Hamilton mencari pasukan baharu pada masa depan.
Horner memberitahu bahawa seandainya Hamilton dan Vettel digandingkan bersama sebagai rakan sepasukan, ia akan mewujudkan situasi tegang di antara pemandu berkenaan, sama seperti yang terjadi kepada Hamil- ton dan Fernando Alonso di McLaren pada musim 2007.
"Amat sukar untuk melihat bagaimana kamu mampu memiliki dua pemandu berkaliber seperti Lewis dan Sebastian di bawah satu bumbung," kata Horner.
"Ada potensi ketegangan akan mele- tus, sama seperti yang kita pernah saksikan situasi antara Fernando dan Lewis.
"Oleh itu, kami masih gembira dengan senarai pemandu yang kami ada dan kami akan lihat bagaimana perkembangan mereka nanti."
Horner bagaimanapun menafikan bahawa pemandunya ketika ini iaitu Vet- tel dan Mark Webber boleh bekerja- sama kerana kedua-duanya mempunyai standard yang berbeza.
"Mereka berada pada peringkat yang berbeza dalam karier masing-masing dan mereka juga menghormati satu sama lain," kata Horner.
"Ada jurang 11 tahun dalam perbezaan usia di antara Mark dan Sebastian dan jurang adalah amat berharga.
"Di antara Lewis dan Sebastian, jurang perbezaannya adalah hanya satu atau dua tahun dan mereka juga masih awal dalam karier masing-masing," kata Horner lagi. - Agensih satu bumbung," kata Horner.
"Ada potensi ketegangan akan mele- tus, sama seperti yang kita pernah saksikan situasi antara Fernando dan Lewis.
"Oleh itu, kami masih gembira dengan senarai pemandu yang kami ada dan kami akan lihat bagaimana perkembangan mereka nanti."
Horner bagaimanapun menafikan bahawa pemandunya ketika ini iaitu Vet- tel dan Mark Webber boleh bekerja- sama kerana kedua-duanya mempunyai standard yang berbeza.
"Mereka berada pada peringkat yang berbeza dalam karier masing-masing dan mereka juga menghormati satu sama lain," kata Horner.
"Ada jurang 11 tahun dalam perbezaan usia di antara Mark dan Sebastian dan jurang adalah amat berharga.
"Di antara Lewis dan Sebastian, jurang perbezaannya adalah hanya satu atau dua tahun dan mereka juga masih awal dalam karier masing-masing," kata Horner lagi. - Agensi