KANGAR - Polis melanjutkan reman terhadap seorang ustaz yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee (gambar), 7, seorang murid di sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau sehingga Isnin ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditangkap pada Jumaat lalu kerana disyaki memukul sehingga menyebabkan kematian Saiful Syazani pada Ahad lalu.
Menurut beliau, mengikut laporan pakar Patologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, punca kematian Saiful Syazani disebabkan mengalami pendarahan otak dan lemas.
"Mengikut laporan bedah siasat, leher Saiful Syazani ditekan oleh sesuatu benda lembut atau tumpul yang menyebabkan kurang oksigen ke otak seterusnya berlaku pendarahan pada otak mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Mohd. Nashir berkata demikian selepas polis mendapatkan perintah lanjutan tahanan reman terhadap ustaz berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd. Nashir enggan mengesahkan bahawa Saiful Syazani telah dicekik oleh ustaz berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami pendarahan otak dan meninggal dunia ketika dipukul.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang murid tahun satu di SAR yang koma pada Jumaat lalu disyaki dipukul oleh seorang penyelia asramanya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, HSB pada Ahad lalu.
______________________________
Hidup akan menjadi 360 darjah terbalik maka bersedialah untuknya!!!
Jangan memandang rendah kepada orang lain kalau kita tidak mampu menghalangnya untuk diri kita sendiri. Segala-galanya dalam "petik jari" Allah Taala sahaja.
______________________________
Hidup akan menjadi 360 darjah terbalik maka bersedialah untuknya!!!
Jangan memandang rendah kepada orang lain kalau kita tidak mampu menghalangnya untuk diri kita sendiri. Segala-galanya dalam "petik jari" Allah Taala sahaja.