
MICKELSON tampil sebagai pilihan utama pada Kejohanan Golf Masters AS yang bakal berlangsung mulai esok hingga 10 April ini.
AUGUSTA, Georgia - Legenda Afrika Selatan, Gary Player menganggap juara bertahan, Phil Mickelson sebagai pemain pilihan pada Kejohanan Golf Masters Amerika Syarikat (AS) yang bakal berlangsung esok hingga 10 April ini.
Pada masa sama, Player turut meramalkan pemain Ireland, Rory McIl- roy sebagai pencabar utama pada kejo- hanan utama pertama musim ini yang akan berlangsung di Kelab Golf Augus- ta National itu.
Mickelson, pemain kidal dari AS, memperoleh suntikan semangat dalam pemburuan gelaran utama kelima selepas memenangi Terbuka Houston pada Ahad lalu.
McIlroy diramal bakal mengungguli kedudukan teratas dalam ranking dunia.
"Kemenangan Phil Mickelson pada Ahad lalu adalah sesuatu yang signifi- kan. Ia akan memberikan kekuatan psikologi kepadanya," kata pemain legenda berusia 75 tahun itu.
"Saya yakin dia akan berusaha untuk memenangi gelaran itu. Ia adalah satu keyakinan dan perasaan yang po- sitif yang ada dalam dirinya. Sesuatu yang tidak mungkin dapat kamu ucapkan. Ia adalah satu anugerah.
"Tanpa diragui lagi, mulai sekarang Phil adalah seorang pemain pilihan."
Bagaimanapun, Player turut mengakui yang McIlroy, 21, akan berada pada prestasi terbaik untuk mencipta keme- nangan minggu ini.
"Rory McIlroy sungguh berbakat," kata juara sembilan kali gelaran utama itu. Saya mempunyai keyakinan ke atas diri- nya. Saya tidak tahu kenapa.
"Dia sudah bersedia untuk beraksi. Saya suka melihat cara dia bermain golf tetapi kita tidak tahu bagaimana dia akan menghadapi pencabarnya pada kejohanan itu." - Reuters