![]() |
AYUMI HAMASAKI |
ANGGOTA kumpulan JYJ, Jaejoong menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan yang boleh ditafsirkan sebagai pasangan kekasih kepada penyanyi popular Jepun, Ayumi Hamasaki.
Skandal percintaan mereka mula tersebar akhir Oktober tahun lalu apabila Ayumi menghadiri persembahan JYJ di Jepun di sebalik jadualnya yang padat.
Khabar angin menjadi lebih kencang apabila, penyanyi terkenal Jepun itu membuat pengumuman rancangannya untuk berkahwin pada Januari depan.
“Saya tidak mempunyai teman wanita jadi saya banyak menghabiskan masa di rumah sahaja ketika itu, kesempatan bertemu selebriti Jepun merupakan peluang kepada saya untuk belajar bahasa Jepun serta mengukuhkan persahabatan,” ulas Jaejoong berkenaan khabar angin itu.
Ayumi juga turut menafikan khabar panas itu dengan alasan mereka hanyalah berkawan baik.