Saturday, April 02, 2011

Macam-Macam: Taktik pakai dua helai coli gagal

2011/04/02

LONDON: Seorang wanita yang cuba menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam coli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan.

Mahkamah diberitahu, tertuduh berkunjung ke Guernsey bersama anak perempuannya berusia tujuh tahun menggunakan feri dari Portsmouth pada 8 Disember 2010.

Selepas ditahan polis, dia didapati memakai dua pasang coli, yang mengandungi resin kanabis seberat 505.43 gram setiap satu. – Agensi