Saturday, April 02, 2011

30 peserta sertai Seminar Mini Perniagaan Internet

30 peserta sertai Seminar Mini Perniagaan Internet


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai Seminar Mini Perniagaan Internet di Kuala Terengganu baru-baru ini.



BELAJAR. Seramai 30 peserta dari negeri-negeri di Pantai Timur telah menyertai Seminar Mini Perniagaan Internet anjuran Persatuan Usahawan Internet Terengganu (PUIT) di Wisma Peladang, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Seminar selama sehari itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan secara terperinci kepada para peserta berkaitan perkembangan dan potensi perniagaan berasaskan Internet.
Pengerusi PUIT, Shaiful Azhan Malik berkata, sebanyak lima modul telah dibentangkan kepada peserta seperti asas perniagaan internet dan aplikasinya dalam pemasaran produk digital.
Turut dibentang ialah kepentingan perniagaan internet dalam urusan-urusan berkaitan perkhidmatan dan perniagaan.