Saturday, April 02, 2011

Berita Harian Online | Buble, isteri curi tumpuan peminat

Buble, isteri curi tumpuan peminat: "2011/04/02


Penyanyi pop Kanada Michael Buble (kanan) dan aktres Argentina, Luisana Lopilato, merakam detik indah bergelar suami isteri selepas upacara perkahwinan sivil mereka yang diadakan di Buenos Aires, semalam, dihadiri rakan serta anggota keluarga terdekat.

Buble, 36 dan Luisana, 24, mengikat tali pertunangan pada November 2009, selepas berkenalan kira-kira setahun. Majlis resepsi dijadual diadakan bulan depan di pinggir Buenos Aires untuk 300 tetamu, manakala satu lagi majlis akan diadakan di Vancouver pada akhir bulan ini. Buble melamar Lopilato ketika mengunjungi Argentina pada November 2009.

Penyanyi itu pernah bertunang sebelum itu dengan kekasih pertamanya yang juga teman wanitanya, Debbie Timuss, tetapi berpisah pada November 2005. Buble juga pernah keluar dengan aktres Emily Blunt selama lebih dua tahun tetapi menamatkan hubungan pada 2008."