Thursday, April 07, 2011

Terlepas hukuman bunuh isteri, cederakan anak


TEIK SIEW dbawa keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas dibebaskan atas tuduhan membunuh isterinya semalam.


GEORGE TOWN - Seorang bekas pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati tidak siuman sewaktu menyimbah asid ke atas isterinya sehingga menyebabkan mangsa mati dua tahun lalu.
Tan Teik Siew, 52, juga dibebaskan daripada tuduhan kedua iaitu menyebabkan kecederaan parah ke atas anak perempuannya, Tan Hui Linn, 17.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim dalam penghakimannya berpuas hati bahawa tertuduh tidak siuman sewaktu kejadian selepas mengkaji keterangan Pakar Psikiatri Forensik Hospital Bahagia, Perak, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh yang membuat pemantauan selama tiga minggu ke atas Teik Siew.
"Tertuduh telah membunuh tanpa sedar. Namun demi keselamatannya serta orang ramai, dia akan ditahan di Penjara Pulau Pinang sehingga mendapat kebenaran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas," katanya.