
ZAINAL ABIDIN (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas di Seberang Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.

BANTU. Seramai 30 keluarga miskin menerima bantuan dalam program Turun Padang UMNO Pulau Pinang melibatkan 15 kawasan Dewan Undangan Negeri di bahagian Seberang Perai baru-baru ini.
Diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, program itu juga bukan sahaja untuk mendekati rakyat tetapi juga mendengar sendiri suara mereka.
"Setakat ini, kita telah pergi ke empat kawasan dan 11 lagi kawasan yang kita jangka selesai melawatnya dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.
"Program ini memberi peluang kepada kita menyampaikan mesej serta pencapaian kerajaan kepada rakyat sejajar dengan slogan berkhidmat kepada masyarakat," ujarnya.