07/04/2011 5:03pm
ALOR SETAR - Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab yang telah melontar bom molotov dan batu sungai pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku antara 3 dan 5 pagi tadi.
"Hanya kebakaran kecil yang berlaku dan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000,” katanya. - Bernama