Thursday, April 07, 2011

4 premis kotor ditutup


07/04/2011 4:52pm

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan empat premis makanan di Jalan Masjid India ditutup kerana kotor dan melanggar piawaian dan tahap kebersihan yang ditetapkan.
Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL, Dr. Sallehudin Abu Bakar berkata, premis makanan berkenaan diarah tutup bermula esok dan diberi tempoh seminggu untuk melakukan pembersihan.
"Ini termasuklah membersihkan kawasan dapur dan tandas, memasang perangkap tikus, memastikan pekerja memakai apron dan penutup kepala dan meletakkan ubat kawalan serangga di kawasan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi kebersihan di Jalan Masjid India di sini hari ini yang disertai 15 pegawai DBKL. - Bernama