
PELAJAR SMKAJ bergambar kenangan selepas menjuarai dua kategori pada pertandingan kawad kaki di PPD, Hulu Langat baru-baru ini.

HEBAT. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dan Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil (SMKAJ), Hulu Langat, Selangor dinobat juara pada pertandingan kawad kaki yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Langat baru-baru ini.
PKBM dan PSMM sekolah tersebut masing-masing menjuarai kategori GO (badan kerajaan) dan NGO (badan bukan kerajaan).
Penyelaras Badan Beruniform, Unit Kokurikulum SMKAJ, Siti Jahibah Jais berkata, kejayaan yang dicapai adalah hasil latihan dan disiplin yang diterap ke atas diri pelajar.
"Kami hantar enam platun pada pertandingan ini dan berbangga apabila dua berjaya menjadi juara," katanya.