
MAZALAN (tengah, baju batik) bergambar bersama kakitangan MBSA sempena majlis persaraan beliau di Wisma MBSA, Shah Alam baru-baru ini.

TAMAT TUGAS. Lebih 200 pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhimpun pada majlis persaraan Datuk Mazalan Md. Noor sebagai Datuk Bandar MBSA baru-baru ini.
Majlis yang turut disertai 24 Ahli Majlis MBSA itu dimulakan dengan ucapan Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani dan deklamasi sajak oleh beberapa kakitangan MBSA.
Mazalan kemudian secara rasmi mengakhiri tugasnya selepas menandatangani nota serah tugas dan mengetik kad perakam waktu diikuti dengan pemeriksaan perbarisan pegawai dan anggota penguat kuasa sebelum meninggalkan bangunan MBSA.
Mazalan, 53, yang dipinjamkan selama empat tahun dan dilantik sebagai Datuk Bandar MBSA kini kembali bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.