Thursday, April 07, 2011

Kelab sosialit PUMA




PUMA bukan sahaja tampil sebagai jenama sukan malah menggalakkan aktiviti sukan melalui Kelab Sosial PUMA.


UNTUK menghangat dan mengaktifkan lagi kehidupan masyarakat Malaysia, PUMA menampilkan keseronokan dan keceriaan dalam dunia sukan. Pelancaran jelajah Kelab Sosial PUMA sebagai satu kempen baru menyatupadu peminat sukan selepas waktu pejabat dijangka menarik ramai orang.
Adakah anda penjaring terbaik foosball, pakar membaling dart, sensasi ping-pong atau mahaguru boling? Jika ya, Kelab Sosial PUMA pastinya menepati gaya hidup anda melalui kempen Sosial PUMA yang dilancarkan secara berperingkat di seluruh Malaysia.
Kempen Sosial PUMA adalah platform untuk semua peminat hiburan klasik berkumpul secara dalam talian serta berkongsi aktiviti.
Kempen itu bergantung kepada beberapa elemen termasuk video mood (disediakan dalam pelbagai bahasa dalam pelbagai platform) serta iklan dalam kedai. Laman web Sosial PUMA yang menggabungkan bahan kandungan daripada PUMA dan para pengguna akan dikemaskini secara dinamik di laman tersebut.
“Laman web ini direka bagi memudahkan sosialit PUMA di seluruh dunia berkongsi papan skor kompetitif mereka, selain berhubung dengan pengguna lain dan melihat gambar-gambar serta video parti daripada Kelab Sosial PUMA di pelbagai bandar di seluruh dunia.
“Laman ini membolehkan para pengguna menjana mata dan kemasyhuran dengan menghubungkan profil rangkaian sosial mereka (Facebook, Twitter dan FourSquare),” kata Ketua Jabatan Pemasaran PUMA Malaysia, Gabriel Yap.
“Kempen iklan media cetak dan online pula mengetengahkan aksi-aksi berkumpulan yang penuh kelucuan serta keceriaan yang hanya berlaku apabila teman-teman berkumpul untuk bermain boling, ping-pong, menyanyi karaoke atau membaling dart. Unsur nakal yang diperkenalkan disampaikan melaui kata-kata seperti Here’s to 5am cabs, Not 5am runs, Some marathon ends at 6 am, Sometime victory is a phone number dan Scoring leads to scoring,” katanya lagi.
Seperti semua inisiatif PUMA yang lain, titik perhubungan konsumer Sosial PUMA itu juga melibatkan pendedahan yang sama iaitu acara jalanan.
Bermula sebagai jelajah Kelab Sosial PUMA, yang berjudul Here's to the After-Hours Athlete, Sosial PUMA mula dilancarkan di Amerika Syarikat, Britain, Australia, Taiwan, Jepun dan Hong Kong, sebelum tiba di Malaysia serta Singapura. Ia mengesyorkan aktiviti sosial selepas waktu kerja dan permainan yang dimainkan bersama teman selepas terbenamnya matahari.
Kelab Sosial PUMA versi Malaysia dilancarkan sepanjang bulan Mac lalu dan April ini dengan pelbagai parti konsep sukan selepas waktu pejabat. Pelancaran yang dijangka diadakan di kelab popular di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan kembali semula ke Kuala Lumpur.
Parti pelancaran sudah pun berlangsung pada 11 Mac lalu di Palate Palette Kuala Lumpur membariskan persembahan hebat oleh Jamus Baum, Ze!, DJs Anowl dan Hackeem Elektrischer selain para pemenang bertuah akan membawa pulang pakaian PUMA daripada rangkaian sosial yang terbaru.
Kelab Sosial PUMA akan ke Roost Bistro, Johor Bahru pada 8 April ini sebelum kembali ke Kuala Lumpur bagi acara kemuncak yang akan berlangsung pada 15 April di suatu lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.
“PUMA telah menerajui idea SportLifestyle dan membina jenama berdasarkan prinsip mencari keseronokan dalam hidup sihat,” kata Gabriel.
Senarai penuh acara, tepat dan tarikh yang dikemaskini boleh diperolehi di www.puma-social.com.my.