Friday, April 08, 2011

Lagi gempa bumi kuat landa Jepun, tiada korban


08/04/2011 11:07am

TOKYO 8 April – Gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter yang melanda pantai timur Jepun lewat semalam menyebabkan beberapa kawasan terputus bekalan elektrik dan berlaku kecederaan kecil, walaupun tiada korban dilaporkan.
Amaran tsunami yang dikeluarkan juga ditarik balik selepas tiada ombak yang boleh membawa maut berlaku.
Namun, pekerja yang bergelut untuk mengawal loji nuklear Fukushima Daiichi diarahkan berpindah buat sementara waktu, menurut operator loji Tokyo Electric Power Co. (TEPCO).
Gempa itu bagaimana pun tidak membawa sebarang masalah kepada loji nuklear berkenaan. – AFP