
PARA peserta bermain karom pada pertandingan Karom Tertutup Zon Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.
BERBAKAT. Kira-kira 50 peserta menyertai pertandingan Karom Tertutup Zon Darat anjuran Jawatankuasa Penyelaras Pemuda UMNO Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Urusetia pertandingan, Azmi Seman berkata, melalui pertandingan itu, masyarakat setempat dapat berkumpul bersama dan memupuk semangat kekitaan dalam rumpun masyarakat.
Pada pertandingan itu, regu Nazana Hamzah dan Awie Zaki muncul juara bagi kategori veteran manakala bagi kategori pemuda dimenangi regu Lazim Mohd. Ghani dan Azmi Seman.
Juara membawa pulang wang tunai RM100 dan hamper yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Khazan Che Mat.
Turut hadir wakil Balai Polis Batu Rakit, Sarjan Tengku Mohd. Abu Bakar.