Friday, April 08, 2011

Gavin, Isza Fariza kuasai saingan golf amatur




GAVIN (kiri) dan Isza bangga dengan trofi masing-masing selepas muncul juara kategori lelaki dan wanita.


SEMPAT ataupun tidak?
Itu persoalan yang timbul ketika ini ekoran masalah kecederaan buku lali yang dialami jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei menjelang temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.
Kecederaan yang dialami Hup Wei itu dilaporkan bakal mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih sepenuhnya.
Jika dihitung, Hup Wei hanya akan kembali beraksi pada Oktober depan sedangkan Sukan SEA 2011 bakal membuka tirainya sebulan kemudian.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan sama ada atlet berusia 24 tahun itu mampu kembali berada pada tahap terbaik bagi mewakili Malaysia pada temasya sukan dwitahunan tersebut.
Mungkin pada Oktober, Hup Wei sudah kembali seperti sediakala tetapi cukupkah tempoh tersebut untuk melakukan persiapan?
Seandainya Hup Wei masih belum mampu untuk beraksi, siapa pula atlet yang layak bagi menggantikan tempatnya dalam usaha mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA 2009 di Laos.
Bagaimanapun, ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman tidak merasakan situasi itu sebagai suatu yang membimbangkan.
Ini kerana beliau tetap optimis atlet kelahiran Selangor itu mampu pulih sebelum Sukan SEA 2011 bermula.
“Ketika ini Hup Wei sedang menjalani rawatan pemulihan di ISN (Institut Sukan Negara) dan saya percaya dia akan cepat pulih.
“Jika dia mampu pulih, namanya pasti akan disenaraikan bagi menyertai kontinjen negara ke Sukan SEA dan jika sebaliknya, kita terpaksa mencari pengganti lain yang dilihat layak,” kata Harun ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya siapakah atlet lain yang layak diberikan kepercayaan bagi mempertahankan pingat emas dalam acara lompat tinggi, Harun menjawab: “Kita ada dua atlet yang dilihat berpotensi besar.
“Salah seorang daripadanya ialah Nauraj Singh yang memiliki catatan peribadi terbaik dengan ketinggian 2.13 meter.
“Jika dilihat pada catatannya itu, saya rasa tidak ada masalah buat Nauraj untuk memenangi pingat emas memandangkan Hup Wei memenangi pingat emas pada temasya di Laos dua tahun lalu dengan catatan 2.14 meter.
“Kini apa yang diharapkan, Nauraj akan terus gigih menjalani latihan sebagai persiapan untuk beraksi pada Sukan SEA kelak,” jelas Harun.