Friday, April 08, 2011

Fesyen seluar dalam Pattison



ROBERT PATTINSON mengaku memakai seluar dalam era 30-an untuk menjiwai watak dalam filem terbarunya nanti.



PELAKON filem Twillight, Robbert Pattinson mengaku bahawa dia kini gemar memakai seluar dalam dengan rekaan 1930-an pada setiap hari. Tindakannya memakai seluar dalam itu sebenarnya adalah sebagai persediaan untuk berlakon dalam sebuah filem yang berlatarkan era tersebut berjudul Water for Elephant yang menggandingkan dirinya dengan pemenang Oscar, Reese Witherspoon.
Apa yang dilakukannya itu membuatkan Pattinson berasa lebih dekat dan berupaya membayangkan situasi sebenar pada era tersebut.
“Saya memakai seluar dalam dengan gaya 1930-an pada setiap hari. Memakai seluar dalam tersebut dengan berterusan, ia sememangnya sangat membantu saya menghayati watak pada zaman itu,” ujarnya.
Tambah Pattinson: “Pereka seluar dalam ini, Jacqueline West, sangat teliti dan ia mengagumkan. Kesemua rekaannya termasuk seluar jeans kelihatan sangat semula jadi seperti pada zaman 1920-an dan 1930-an,” katanya.
“Berlakon dalam filem itu bagaikan impian menjadi kenyataan kerana ingin merasai sendiri pengalaman hidup pada era lama seperti itu.”