KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran antara dua yang ditahan ketika membuat demonstrasi bantahan novel Interlok di Kuil Subraminiyar Batu Caves, di sini, tengah hari semalam.
Mereka ditahan kira-kira jam 12 tengah hari, selepas membuat demonstrasi membantah keputusan kementerian pelajaran menjadikan Interlok teks sastera wajib bagi pelajar tingkatan lima untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.