Monday, April 04, 2011

Dominasi hitam putih

Dominasi hitam putih



JAM tangan bukan sekadar penunjuk masa. Bagi yang mementingkan penampilan, jam tangan menjadi aksesori pelengkap gaya baik utnuk lelaki mahupun wanita.
Rangkaian jam tangan musim panas untuk FCUK Time dilihat sempurna dengan ciri-ciri sofistikated. Sebagai aksesori asas yang mengungkap personaliti pemakai, tiga sub dailnya iaitu hari, zon masa 24 jam dan minit, menjadi kelebihan jam tangan itu.
Pasangan jam tangan hitam putih tersebut dilengkapi bezel besi tahan karat dan tali daripada kulit buaya. Setiap satu berharga RM538.
Sementara itu, wanita yang gemarkan gaya ringkas pasti tertawan dengan rekaan jam tangan anggun oleh French Connection Time. Bezelnya yang dihiasi butiran kristal menyerlahkan tangan si pemakai walaupun ketika dipadankan dengan pakaian yang serba ringkas.
Lebih menyerlahkan jam tangan itu ialah empat batu Swarovski yang ditatah pada kedudukan pukul 12 dalam bentuk menegak. Ia juga dipadankan dengan tali kulit warna hitam dan putih. Jam tangan itu berharga RM468 setiap satu.
Sekiranya pemakai inginkan gabungan gaya sofistikated dan klasik, model jam tangan French Connection Time untuk lelaki adalah pilihan yang tepat.
Dilengkapi reka bentuk dail yang asas, jam tangan itu kelihatan segak di pergelangan tangan sesiapa sahaja dan untuk apa jua acara dan penampilan.
Ia juga dilengkapi pintu tarikh pada kedudukan pukul 3. Jam tangan itu direka menggunakan besi tahan karat dengan permukaan hitam atau putih. Kedua-duanya tampil dengan tali kulit berwarna hitam.
Jam tangan itu berharga RM395 setiap satu.