Rokok seludup bernilai RM103,488 dirampas
04/04/2011 1:59pm
TAWAU – Pasukan Gerakan Marin Tawau merampas 7,000 bungkus rokok bernilai RM103,488 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui sungai, semalam.
Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Tawau ASP R. Krishnan berkata dalam operasi pada pukul 9 malam hasil maklumat orang ramai itu, pihaknya menemui 14 kotak yang ditinggalkan di tebing sungai dekat Kinabutan.
"Setelah memeriksa kotak berkenaan, kami menemui 4,500 bungkus rokok berjenama Mighty King Size dan 2,500 bungkus berjenama Mighty Menthol King Size,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama