Monday, April 04, 2011

Facebook disaman lebih RM3 bilion

Facebook disaman lebih RM3 bilion

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dan laman web berkenaan disaman lebih AS$1 billion (RM 3.3 bilion) kerana menyiarkan artikel anti-Yahudi, lapor sebuah akhbar semalam.

Mark Zuckerberg

Larry Klayman













Saman terbabit difailkan oleh peguam yang juga seorang aktivis, Larry Klayman di sebuah mahkamah tinggi di sini pada Khamis lalu.
Dalam samannya, Klayman menuduh Facebook lewat menarik semula satu muka suratnya yang bertajuk 'Intifada Palestin Ketiga' bagi menentang Israel.
Menurutnya, Facebook sengaja membiarkan halaman tersebut kerana faktor komersial.
Halaman Facebook itu yang mengajak orang ramai bangkit menentang Israel, menyaksikan lebih 300,000 pengguna mengklik tanda 'suka' terhadap cadangan tersebut.
Intifada atau kebangkitan menentang Yahudi tersebut dirancang diadakan pada 15 Mei depan.
Muka surat itu cuma dipadam oleh Facebook pada 29 Mac lalu, beberapa hari selepas beberapa orang membuat aduan termasuk Menteri Diplomatik Awam Israel, Yuli Edelstein dan sebuah pertubuhan pro-Israel, Liga Anti-Defamasi.
Mengulas mengenai kes tersebut, seorang jurucakap Facebook berkata, dakwaan Klayman sama sekali tidak berasas.
"Kami akan menentang habis-habisan untuk membuktikan kami tidak bersalah," katanya.
Menurutnya, muka surat itu dikekalkan kerana ia bermula sebagai gesaan ke arah bantahan aman sebelum komen-komen di muka surat itu bertukar menjadi lebih ganas.
- Agensi
_________________________________________________________________________________________
Pelik dan ajaib.

Macam mana Mark Zuckerberg boleh menyiarkan artikel anti-Yahudi sedangkan Mark Zuckerberg ini adalah seorang Jewish atau Yahudi!!!

Kalaulah Yahudi yang pakai topi hitam dengan berambut panjang tepi telinga membenci Yahudi yang pakai "kopiah" kecil tercotek atas kepala maka ada ma'kulnya.

Tetapi kedua-dua lelaki di atas sama-sama tidak pakai apa-apa. Maka kebarangkalian persamaan fikiran dan ideologi itu bertambah.

Masing-masing boleh memberikan tafsiran tersendiri tetapi pandangan permulaan tentang saman ini berkemungkinan mahu menaikkan lagi nilai Facebook supaya penduduk dunia lebih bersemangat untuk mempunyai akaun Facebook.

Wallahu a'lam