Monday, April 04, 2011

Pemimpin dekati masyarakat Orang Asli

Pemimpin dekati masyarakat Orang Asli

HASIMAN (tengah) menari bersama beberapa Orang Asli pada program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli di Banting baru-baru ini.


BERMESRA. Seramai 500 masyarakat Orang Asli menyertai program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib di Banting, Selangor baru-baru ini.
Program untuk mendekatkan pemimpin dan rakyat itu melibatkan tiga perkampungan Orang Asli iaitu Pulau Banting, Pematang Buah dan Telok Tongkah.
Menurut ADUN Morib, Hasiman Sidom matlamat utama program itu bertujuan mewujudkan kerjasama di kalangan pelbagai kaum dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.
Aktiviti lain yang diadakan pada program itu ialah adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah jati diri dan pameran antidadah.