Balu polis menerima bantuan kewangan

ZAHEDI (dua dari kiri) bersama sebahagian penerima sijil penghargaan sempena Hari Peringatan Polis Ke-204 di Shah Alam baru-baru ini.
PENGHARGAAN. Tiga orang balu dan lapan anak yatim menerima bantuan kewangan bagi mengenang jasa suami serta bapa mereka yang pernah berkhidmat sebagai anggota polis sempena Hari Peringatan Polis Ke-204 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Bantuan kewangan itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob.
Pada majlis itu, seramai 40 individu menerima sijil penghargaan sebagai menghargai kerjasama yang diberikan kepada polis untuk membasmi kegiatan jenayah.
Ketika berucap pada majlis itu, Zahedi mengharapkan masyarakat dapat meningkatkan kerjasama dengan polis bagi membantu mengurangkan kadar jenayah terutamanya di Shah Alam.