
AHLI BKUM menunjukkan ayam sembelihan mereka pada Kursus Asas Penyembelihan dan Pemakanan Halal di ibu pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KURSUS. Seramai 80 orang kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad menyertai Kursus Asas Penyembelihan dan Pemakanan Halal kali kedua di pekarangan Madrasah Al-Huda, Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kursus dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Badan Kebajikan Utusan Melayu (BKUM).
Menurut Yang Dipertua BKUM, Kamsari Nor, kursus itu bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan Utusan mengenai cara-cara penyembelihan halal menurut Islam dan perkara-perkara yang perlu dipatuhi semasa proses penyembelihan.