Wednesday, April 13, 2011

Kerjasama DagangHalal, Saptel




KHAIRIL (kanan) bertukar dokumen dengan Tirmidzi sambil diperhatikan oleh Safrizal (dua dari kiri) dan Anwar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - DagangHalal.com (DagangHalal) melebarkan sayap perniagaannya ke peringkat antarabangsa melalui Program Perkongsian Rangkaian Halal Global sebagai usaha untuk membantu usahawan terlibat dalam bidang teknologi maklumat (IT) berkaitan dengan halal.
Ketua Pegawai Eksekutif DagangHalal, Khairil Ismahafiz Muhadzir berkata, program tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini dan projek tersebut merupakan satu platform terbaik buat usahawan untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan di peringkat antarabangsa dengan lebih mudah.
Sebagai langkah pertama bagi projek berkenaan, DagangHalal telah menjalinkan usaha sama dengan sebuah syarikat dari Indonesia iaitu Kumpulan Saptel yang terlibat dalam bidang telekomunikasi dan IT.
"Kumpulan Saptel dipilih berdasarkan kepada pengalaman mereka yang luas dalam bidang IT, telekomunikasi seiring dengan aktiviti teras DagangHalal," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua syarikat tersebut di sini baru-baru ini.