Saturday, April 16, 2011

Trump tanding Presiden AS?


NEW YORK 15 April - Hartawan dan pemilik siri realiti televisyen terkenal, Donald Trump akan membuat pengumuman bulan depan sama ada akan bertanding pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat tahun depan atau tidak.


Trump dalam satu kenyataan berkata, beliau akan membuat pengumuman kemungkinan menjadi calon Parti Republikan dalam siri terakhir rancangan realitinya "The Celebrity Apprentice," pada 22 Mei ini yang akan disiarkan melalui saluran NBC.


"Dalam siri tersebut, Trump mungkin mengumumkan masa dan tempat bagi sidang media sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden AS atau tidak," kata penasihat hartawan itu, Micheal Cohen dalam satu kenyataan.

Jumlah penonton rancangan televisyennya semakin meningkat semenjak Trump membayangkan hasratnya untuk memegang jawatan tertinggi AS itu. - Reuters