Saturday, April 16, 2011

Mubarak mungkin hadapi hukuman mati


KAHERAH 15 April - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang ditahan untuk disoal siasat berhubung dakwaan rasuah dan keganasan, mungkin dipenjarakan atau digantung, jika didapati bersalah mengarahkan pembunuhan penunjuk perasaan.

Akhbar milik kerajaan, Al-Ahram yang memetik ketua Mahkamah Rayuan Kaherah, Zakaria Shalash sebagai berkata, Mubarak mungkin berhadapan hukuman mati selepas perbicaraan itu yang dijangka berlarutan sekurang-kurangnya setahun itu.

Mubarak dan dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal ditahan selama 15 hari minggu ini selepas pendakwa raya melancarkan siasatan berhubung keganasan terhadap penunjuk perasaan ketika 18 hari revolusi yang menumbangkan beliau pada 11 Februari lalu. - AFP