SHAH ALAM: Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan memperdagangkan 21 warga Afghanistan, tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Sapri Mohmad, 44, selepas mendapati pembelaannya secara tidak bersumpah daripada kandang tertuduh gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mengikut pertuduhan, Sapri didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia antara 18 hingga 54 tahun di Muara Sungai Changkat, Hj Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam, dekat sini, jam 10.15 malam pada 17 Februari 2010.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Terdahulu dalam penghakimannya, Slamat berkata, tertuduh yang mempunyai tujuh anak gagal untuk memberikan penjelasan mengapa dia bersama dengan semua mangsa yang difahamkan dalam perjalanan untuk ke Indonesia sebelum menuju ke Australia. “Sama ada mangsa dieksploitasi atau diperdagangkan juga dapat dilihat pada keterangan saksi,” katanya. Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam tertuduh, Pritam Singh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi. Berikutan itu, Slamat memerintahkan supaya jaminan tertuduh RM25,000 dinaikkan menjadi RM50,000 dengan dua penjamin.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal mengemukakan 11 saksi pendakwaan, termasuk sembilan mangsa.